[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
4 parts