LANGIT TANPA ARAH

LANGIT TANPA ARAH

  • WpView
    Reads 3,394
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Oct 1, 2025
Leia adalah anak yang banting tulang empat kerat demi melakar kejayaan dilangit indah, seribu episod derita dilalui hingga dirinya sendiri hancur. Menelan semua kelat dan pahit kenyataan hingga akhirnya dia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Apabila kejayaan akhirnya tercapai, semua orang di sekelilingnya tersenyum puas... kecuali dirinya sendiri. "Kenapa aku tak mampu rasakan bahagia, seakan jiwa aku sudah mati..." Leia "Kau terlalu banyak berkorban hingga akhirnya terkorban Leia, carilah kembali jiwamu yang hilang kerana bahagia tanpa jiwa adalah hukuman." Daeng Dalam dunia yang penuh pujian dan pencapaian, Leia mula merasakan kekosongan aneh dalam hatinya. Seakan ada sesuatu yang hilang-jiwa yang pernah bermimpi kini lenyap tanpa jejak. Kebahagiaan yang dia bayangkan selama ini ternyata bukan miliknya. Dalam kesendirian yang sunyi, Leia terpaksa bertanya: adakah berkorban itu benar-benar bererti bahagia?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Kegelapan dan Cahaya: Perjalanan Seorang Insan
  • WHO
  • PERASAAN TERPENDAM (TAMAT)
  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C
  • • DERITA
  • Burung Kertas
  • JAGIYA. MIANHAE. [END]
  • MENDUA
  • Pengorbanan Si Anak Bongsu
  • Dia, Mimpi Sempurna (Completed)

Dalam sebuah perjalanan yang menggugah jiwa, seorang insan bernama Arjuna berhadapan dengan pelbagai liku-liku kehidupan yang penuh kesakitan dan cabaran. Dari saat dia terjatuh dan dikhianati oleh sahabat, hingga kepada saat di mana dia merasakan ketidakberdayaan dan kesepian, Arjuna berjuang untuk mencari makna hidup dan tempatnya di dunia ini. Dalam suasana hening dan kegelapan, dia mendengar bisikan tanah, angin, air, dan matahari, yang masing-masing memberi dorongan dan pengajaran tentang kekuatan, harapan, dan ketahanan. Setiap bab dalam cerita ini menggambarkan perjalanan Arjuna melalui luka dan keperitan, tetapi juga melalui keindahan dan ketenangan yang disajikan oleh kenangan bonda yang selalu memujuknya. Dengan nasihat dan kasih sayang bonda yang tak pernah pudar, Arjuna berusaha untuk bangkit setiap kali dia terjatuh. Ketika kegelapan semakin menghimpit, Arjuna bertanya tentang tujuan hidupnya, hingga akhirnya dia sedar bahawa ujian yang dihadapinya adalah sebahagian daripada perjalanan menuju pemahaman yang lebih dalam tentang diri dan kehadiran Tuhan. Di ambang kematian, Arjuna memutuskan untuk tidak pergi dengan sia-sia; dia ingin meninggalkan dunia dengan penuh rasa syukur dan pengharapan. Dalam perjalanan menuju Ilahi, dia belajar untuk menerima setiap kesakitan dan mengingat setiap pelajaran yang telah membentuknya menjadi insan yang lebih kuat. "Kehidupan Arjuna" adalah sebuah kisah yang puitis dan mendalam tentang harapan, keazaman, dan kekuatan jiwa, yang mengajak pembaca merenung akan makna sebenar kehidupan, cabaran yang dihadapi, dan bagaimana kita seharusnya menghargai setiap detik yang ada. Dengan elemen-elemen emosi yang menyentuh hati, cerita ini memberi inspirasi kepada setiap individu untuk terus berjuang dan mencari cahaya di tengah kegelapan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines