9 parts Ongoing 𝟏𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞-𝐓𝐡𝐫𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫
𝐍𝐚𝐝𝐫𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐚 | 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 𝐊𝐡𝐚𝐧
"Aku polis. Aku tahu mata seorang psikopat."
Hanya kerana satu kejadian, Nadra menjadi lebih taksub untuk menemui dan mencari manusia yang layak digelar sebagai iblis. Gentar dan takut tidak ada dalam sejarah hidupnya malah dia menginginkan hal ngeri muncul di depan mata.
"Kau ni memang psiko, Nad."
Selalu digelar psiko, itu normal bagi Nadra Sofea.
"Kau siapa?" - 𝐍𝐀𝐃𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀
"Aku Faleeq Khan. Inspektor Faleeq." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍
Hadirnya seorang lelaki yang berpangkat Inspektor memancarkan aura tajam telah menarik perhatian Nadra Sofea. Entah kenapa kehadiran lelaki itu membuatnya tertarik bercampur dengan kecurigaan.
"Kes ni melibatkan kes pembunuh kejam. Orang ramai sekarang tengah fikir Malaysia ni aman? Damai? Takkan ada pembunuhan? Kau percaya ke semua tu? Kalau aku, aku takkan percaya. Selagi pembunuh yang potong semua jari mangsa tak ditangkap, Malaysia takkan aman." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍
"Awak tak rasa penderitaan. Awak tak tau apa yang saya rasakan selama ni. Yang awak beria sangat minta saya berhenti siasat kes ni kenapa?" - 𝐍𝐀𝐃𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀
"Sebab kes ni terlalu bahaya untuk kau, Nad." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍
Sekeras apapun seorang Faleeq Khan cuba menentang, namun tidak dapat melawan kedegilan dalam diri Nadra Sofea. Selagi mata kepalanya tidak bertentang mata dengan iblis itu. Jangan harap dia akan berundur.
"Dah lama aku tunggu dia."