Addar Syafie, seorang jejaka yang tidak mengenal penat lelah, siang dan malam demi mencari rezeki halal yang dapat menampung hidupnya dan suri hidup yang terlantar sakit di hospital. Dia terpaksa mengabaikan impiannya untuk menjadi seorang atlet silat, disebabkan oleh nasib yang ditimpa keluarga, ketika perniagaan ayahnya diisytiharkan muflis. Addar juga terpaksa bekerja di usia yang awal, untuk menampung kos perubatan ibunya yang sakit akibat perlakuan keji ayahnya yang panas baran.
Izz Hanan, gadis muda yang terkenal dengan kesempurnaan hidup di mata ramai, namun mempunyai sakit mental yang teruk. Dia bahkan, tidak mampu menikmati hidup selayaknya gadis normal seperti sekelilingnya, disebabkan oleh gangguan mental yang berpunca daripada keluarganya sendiri. Hinaan dan cacian daripada darah daging sendiri, membuatkan Hanan hilang pertimbangan diri dan hidup dalam kegelapan yang tiada penghujung.
Mengisahkan pertemuan dua hamba Allah yang berbeza nasib dan berusaha untuk meneruskan hidup yg penuh luka dan parut, akibat kisah silam yang menyayat hati. Namun, Allah mempertemukan mereka untuk kali kedua, menjadikan mereka untuk bergantung hidup dan membantu antara satu sama lain.
Namun, kesusahan mahupun ujian sering mengejar mereka berdua, bahkan membuatkan mereka terpaksa berpisah untuk mencari ikhtiar cara, mengubat luka yang lama, mahupun yang baru.
Perbezaan nasib seperti langit dan bumi juga menjadi faktor mereka berdua untuk sulit menerima antara satu sama lain.
Persoalannya, mampukah mereka menemui pintu keluar dari segala dugaan yang penuh duri dan belukar?
⋆。゚☁︎。⋆𝐋𝐨𝐲𝐚𝐥 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 > 1 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 ⋆。゚☁︎。⋆
𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐗 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐈𝐬𝐲𝐪 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳
𝐏𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞 𝐱 𝐁𝐚𝐤𝐞𝐫
ꜱᴛᴀʀᴛ: 5 ᴏᴄᴛᴏʙᴇʀ 2023
ᴇɴᴅ: 14 ᴅᴇᴄᴇᴍʙᴇʀ 2023
𝘕𝘶𝘳 𝘏𝘢𝘯𝘯𝘢𝘩 𝘐𝘳𝘪𝘴, seorang gadis ceria dan selamba. Perwatakan yang dibawa terasa segar dan baru. Seperti diri dia yang baru lahir di muka bumi. Pandangan orang sekeliling termasuk ahli keluarganya sendiri sering membuahkan seribu tanda tanya di fikirannya. Apa yang tak kena dengan diri dia sampai abangnya sendiri bertindak menjauhkan diri dari dia.
Tapi perkara itu mula beransur pulih setelah tiga tahun tanpa dia tahu apa puncanya. Dia tidak kisah. Dia juga tidak mahu terlalu memaksa ahli keluarganya untuk membuka cerita.
𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘐𝘴𝘺𝘲 𝘏𝘢𝘳𝘳𝘢𝘻. Makan tahun diri dia dihantar ke luar negara bagi menerima rawatan psikologi akibat trauma yang makin memburuk disebabkan masa lalunya. Masa lalu yang melibatkan nyawa orang terpenting dalam hidupnya. Satu-satunya jiwa tulang belakang yang dia ada.
Setelah tiga tahun, dia pulang semula ke Malaysia. Dia bertekad, mahu mulakan semuanya. Buku baru akan terbuka. Kenangan baru akan tercipta. Tidak kisah masa yang terambil, dia cuma mahukan satu jiwa itu yang terisi di tangkal jantungnya.
"𝘊𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘴𝘩𝘦 𝘪𝘴 𝘮𝘺 𝘴𝘰𝘶𝘭𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘮𝘺 𝘴𝘰𝘶𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘮𝘢𝘵𝘦."