MASQUERADE OF THE QUEEN [OG]
15 parts Ongoing "Un tempo hanno camminato sulla mia sofferenza. Ora tocca a me calpestare il loro mondo"- Amylia Evelyn
Amylia Evelyn atau lebih tepat, Queen. Dia menjalankan operasi penyamaran dengan hanya satu tujuan, membalas dendam atas kematian insan tersayang. Ya, membela atas kematian Aurora Evelyn.
Cobra, lelaki kejam yang telah menghancurkan keluarganya. Hanya disebabkan ketamakan harta dan gilakan kuasa, dia sanggup buat apa sahaja termasuk membunuh keluarga Alexander.
"Aku akan pastikan, seluruh keturunan Alexander lenyap dari bumi ini. Itu janji aku!". - Cobra
Namun, semuanya berubah apabila pertemuan yang tidak disangkakan antara Amylia dengan lelaki bertopeng yang sangat misteri tanpa mengetahui identitinya.
Zack, dia yang menolong Amylia memasuki ke dalam keluarga Cobra. Tetapi, Amylia semakin keliru apabila Zack bersungguh-sungguh menolongnya untuk menghapuskan Cobra.
"Apa tujuan kau sebenarnya? Kenapa kau bersungguh-sungguh tolong aku untuk hapuskan si jahanam tu?" - Amylia Evelyn
"Hanya satu persamaan antara kita, tujuan kau untuk hapuskan Cobra sama macam aku yang cuba hancurkan hidup dia" - Zack
Hidup dipenuhi dengan dendam kesumat, penyamaran adalah satu permainan yang elit. Seorang gadis boleh mengalahkan musuh? Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan tumbang? Semuanya akan terungkap di Masquerade of the Queen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai Assalamualaikum semua. Saya Queen Angela. Ni karya pertama saya. Maaf atas kesilapan dari segi tatabahasa dan kesalahan ejaan (setiap manusia sentiasa ada kesilapan) Harap awak semua bergembira dengan membaca karya saya.
[HAPPY READING <333]