SHE'S MY PRIMEIRO AMOR

SHE'S MY PRIMEIRO AMOR

  • WpView
    Reads 80,405
  • WpVote
    Votes 376
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Sep 16, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Action and Thriller
Herman Layth X Hala Qiblah Nukilan pertama. Start: Dec 2023 End: Sept 2024 Edited: Sept 2026 Hala Qiblah tidak pernah meminta untuk menjadi isteri sesiapa. Namun, dalam hidup yang segala keputusannya ditentukan orang lain, keinginannya tidak pernah menjadi persoalan. Lalu dia memilih untuk pergi. Meninggalkan rumah yang tidak lagi terasa seperti rumah, Hala membawa dirinya ke bandar sendirian, tanpa rancangan selain mahu memulakan hidup yang benar-benar miliknya. Sehinggalah dia bertemu Herman Layth. Lelaki yang terlalu kacak untuk mempunyai perangai seburuk itu. "Kalau nak menangis, pergi tempat lain. Aku alergik dengan bunyi orang merintih." Mulutnya tajam. Senyumannya menyebalkan. Sikapnya seolah-olah Hala ialah gangguan paling tidak menyenangkan yang pernah hadir dalam hidupnya. "Aku tak faham kenapa kau masih bercakap dengan aku. Kalau aku jadi kau, dah lama aku lari." Namun, di sebalik kata-kata yang sering membuat Hala ingin mencekiknya, ada sesuatu tentang Herman yang sukar dia fahami. Kerana lelaki itu kadang-kadang terlalu dingin. Kadang-kadang terlalu mengambil berat. Dan sesekali, dalam diam yang tidak pernah diminta, Herman membuat Hala tertanya-tanya, kalau dia memang tidak peduli, mengapa caranya menjaga Hala terasa seperti seseorang yang takut kehilangan? Barangkali ada manusia yang hadir untuk mengajar kita tentang cinta. Dan ada yang hadir untuk mengajar kita bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk dimiliki. Tetapi Hala belum tahu. Herman Layth menyimpan terlalu banyak perkara yang tidak pernah terucap. AMARAN! KARYA INI HAK MILIK TEDDY. DILARANG PLAGIAT DAN CETAK SEMULA DALAM BENTUK DIGITAL ATAU APA PUN. Nama, tempat, kisah yang tertulis hanyalah khayalan daripada sang penulis. Sebarang persamaan dari apa-apa segi cuma kebetulan. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah tiada.
All Rights Reserved
#9
sweet
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't Long Enough
  • SEBELUM KITA (C)
  • Skate To Escape
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • Pelan Cinta #1
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]
  • The Fatih's Court

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines