ONE WORLD TWO EMPIRES [OG]

ONE WORLD TWO EMPIRES [OG]

  • WpView
    Reads 153
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Sep 16, 2025
WpInfo
Fiction
Fantasy
꧁ 𝕺𝕹𝕰 𝖂𝕺𝕽𝕷𝕯 𝕿𝖂𝕺 𝕰𝕸𝕻𝕴𝕿𝕰 κ§‚ Satu dunia yang pernah bersatu kini terbelah menjadi dua empayar. Acrine, dunia kiri yang diperintah oleh si abang, berkembang pesat dengan teknologi moden. Mesin menggantikan keajaiban, dan sihir perlahan-lahan dilupakan oleh manusia yang terlalu percaya pada ciptaan sendiri. Berbeza dengan itu, Harlishell, dunia kanan di bawah pemerintahan si adik, kekal berpegang pada tradisi lama. Sihir bukan sekadar warisan, tetapi nadi kehidupan mereka. Sebuah tembok tinggi memisahkan kedua-dua empayar. Bukan sekadar batu dan besi, tetapi dendam sejarah yang tidak pernah sembuh. Sejak berabad lamanya, Acrine dan Harlishell tidak pernah berhubung, seolah-olah dunia di seberang tembok itu tidak pernah wujud. Namun segalanya mula berubah apabila seorang gadis muncul. Seorang yang percaya bahawa dunia yang terpisah ini masih boleh disatukan. Dalam usaha menentang sejarah, kepercayaan, dan kuasa dua empayar, gadis itu bakal menjadi sama ada jambatan penyatuan... atau punca kehancuran kedua-duanya. 5:13 START: 11/12/2022 END:
All Rights Reserved
#224
friendship
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 π‡π€π“πˆ?  | OG

HATI'S SERIES #1 ZARYTH ELRIFF β˜… QASTURI ELARA Cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi lelaki ini.. ianya bukan sebuah alasan yang boleh dianggap remeh untuk berhenti mencintai seseorang yang mempunyai tempat istimewa dihati. Pertemuan ringkas yang membawa kedua-dua ke dalam satu lembar yang tak terduga. Zaryth Elriff, bukanlah seorang yang menjadi 'dream man' sesiapa. Namun sikapnya yang tulus dan hanya setia pada seorang wanita itu membuatkan dia lain dari yang lain. Kenapa cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi Qasturi Elara, cinta bukan keutamaan didalam hidupnya. Bahkan dia menganggap hal itu sangat membebankan diri. "Kau tahu kan kita akan menghadapi SPM tahun ni?" "Aku nak kau kahwin dengan dia. Aku tak terima apa-apa bantahan, faham?!" - Razeen Yahya "Aku tak boleh buat apa-apa, Zaryth.." Apapun halangan, Zaryth tak kenal erti mengalah. Dalam diam, hati itu masih berpaut pada satu nama. Mampukah rasa dan cinta itu kekal? Atau akhirnya masing-masing menuju hala yang berbeza?

More details
WpActionLinkContent Guidelines