SPIN OFF KEKASIH HALAL MILIK DATO RAID. HADID QAIREL X RABIATUL ADAWIYAH Kahwin dengan abang angkat sendiri? Memang takkan. Tak pernah ada dalam senarai hidup seorang Joyah aka Rabiatul Adawiyah. Gila namanya kalau berkahwin dengan lelaki yang dia kenal sebagai abang sejak berusia tujuh belas tahun. Dah lah sudah sepuluh tahun Joyah memanggil lelaki itu BRADER. Malah, Joyah memang betul-betul menganggap lelaki itu seperti abang kandungnya. "Kita kena kahwin!" Tuan Hadid Qairel "Kenapa pula? Tak boleh. Joyah tak nak naik pangkat. Pangkat yang sedia ada pun dah membebankan. Takkanlah lepas kita kahwin nanti Joyah nak panggil Brader tu sayang? Eu, gelilah!" Joyah Win-win. "Aku tak sempat lagi fikir nama panggilan kita. Kau dah ada nama manja aku? Really?" Tuan Hadid Qairel. "Hoi, tu contohlah Brader!" Gila. Joyah tekad. Dia memang tak mahu berkahwin dengan Hadid. Gunalah apa-apa cara sekalipun, Joyah tetap dengan keputusannya. Dia memang takkan pernah menjadi isteri kepada lelaki bernama Hadid itu. Jangan risau, Joyah rasa dia ada cara untuk memastikan lelaki itu menamatkan zaman bujangnya tanpa perlu mengheret Joyah sekali dalam perkahwinan mengarut abang angkatnya. Namun, siapa siapa dan siapa menduga. Rancangan Joyah tiada guna. Tiada daya. Tiada tenaga. Semuanyan sia-sia. Joyah tetap menjadi mangsanya. Ecewah, mangsalah sangat! Joyah tak berkira. Apa yang akan berlaku selama dia menjadi isteri paksaan lelaki bujang terlajak itu? Joyah tak mahu tahu, yang dia tahu sekarang ialah mengakhiri perkahwinan gilanya. Berjayakah Joyah melarikan diri dari pelukan bujang terlebih lajak itu? Atau dia juga turut hanyut dalam hangat cinta yang diberikan lelaki yang selama ini garang seperti Harimau Period it?All Rights Reserved
1 part