Tengku Puteri Kirana Syameera merupakan seorang selebriti, model, pengacara serta seorang pemilik kepada perniagaan tudung, kosmetik, sunscreen serta minyak wangi. Dia seorang yang sangat sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk rehatkan diri. Hanya tiga kali sahaja dia akan balik ke Malaysia iaitu sewaktu ada majlis penting seperti harijadi ahli 95-line, hari raya ataupun sebarang kecemasan yang akan memaksanya pulang ke Malaysia. Selebihnya, dia akan merantau seluruh negara. Dia ditemani oleh Claudia biasanya namun bila dia mahu bercuti di Paris untuk berehat, dia hanya pergi seorang diri. Baru hari pertama di Paris dia sudah terserempak dengan kekasih lamanya dalam keadaan yang tidak baik. Habis dia perlu ganti laptop baru untuk kekasih lamanya itu ,Tengku Ar-Rayan Hadhif. Seminggu dia disana, seminggu dia berjumpa dengan Hadhif. Rasa mahu marah, rasa mahu hancurkan rumah pun ada! Tetapi segala-galanya mula berubah apabila Hadhif mula buat langkah pertama. Beribu cara untuk minta maaf, cara paling kejam dia guna untuk meminta maaf daripada Kirana. "Give me a chance. Last chance." -Hadhif. "Bagi donat bolehlah. Mana boleh bagi chance!" -Kirana. Hadhif sudah hancurkan hatinya berkeping-keping. Namun orang yang sama juga kutip kepingan hatinya dan lekat semula menjadi hati yang sempurna.
1 part