Story cover for Unraveling Adeline by mini_lilac
Unraveling Adeline
  • WpView
    Reads 180
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 6
  • WpView
    Reads 180
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 6
Ongoing, First published Jan 05, 2024
2 new parts
Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk melahirkan individu-individu yang berjaya. Adeline Rosethorn, pelajar perempuan yang berasal dari sekolah perempuan berpindah ke sekolah terkemuka yang menempatkan pelbagai pelajar dari katar belakang yang berbeza.  

Pada mulanya, segalanya tampak baik, walaupun ada sesuatu yang aneh. Minggu pertama sahaja, dia dan Hayla, mula mendengar tentang kewujudan sebuah pertubuhan rahsia dalam kalangan pelajar.

Kononnya, sesiapa yang berani melaporkan tentangnya bakal menerima hukuman yang tak terduga.

"Aku akan pastikan kau ada tempat kat sekolah ni." BELLA.

"I refused... to join you." ADELINE.

Baginya, semua ini tidak lebih daripada permainan kebudak-budakkan yang membuang masa. Dia hanya mahu belajar dan menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa.

Namun, keadaan berubah apabila rakannya menjadi sasaran buli. Adeline mula melihat sendiri bagaimana sistem di sekolah ini bekerja di mana kuasa dan rahsia berjalan seiring. Kini, mereka berdua bukan sekadar perlu bertahan, tetapi mencari jalan untuk terus bertahan dalam permainan yang mereka tidak pernah minta untuk sertai.

"Kalau ini aje satu-satunya cara selamat, I'm in"
All Rights Reserved
Sign up to add Unraveling Adeline to your library and receive updates
or
#9angstwithhappyending
Content Guidelines
You may also like
Derana (Bab Percuma) by karyaseni2u
6 parts Complete
Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh. Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan. "Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah." "Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu pula tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?" Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa. Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kumpulan Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan? "Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut." Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam. Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh suka duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya. "Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?"- Marsha Adlina Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?
Dalam Diam, Aku Perhati by Irhadenn
24 parts Complete Mature
Muhammad Aydan Mikael. Nama yang sering disebut cikgu setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Dia pelajar pintar, genius sejak awal persekolahan. Tapi di sebalik semua angka sempurna itu, Aydan hanyalah seorang remaja introvert yang lebih selesa memerhati dari jauh, menyendiri di bangku hujung kelas dan menenggelamkan diri dalam dunia buku dan fikirannya sendiri. Dia bukan jenis yang pandai berkawan. Bukan juga jenis yang suka bersuara. Baginya, hidup adalah tentang menjalani hari-hari dengan tenang tanpa perlu menonjol. Namun semua itu mula berubah apabila dia mula diperhatikan oleh seseorang yang tak pernah dia sangka akan mendekatinya. Tengku Aleya Qaireen. Seorang pengawas sekolah yang berprinsip, dihormati ramai, dan memiliki aura tenang yang sukar diganggu. Aleya bukannya gadis yang mudah tertarik, tetapi ada sesuatu tentang Aydan yang membuatkan dia ingin tahu. Bukan kerana kepintaran Aydan, tetapi kerana sunyi dalam mata lelaki itu sunyi yang dia sendiri kenal. Dan dari satu pandangan, tercetus rasa ingin memahami. Dari satu pertolongan kecil, terbina ruang berbicara. Dalam diam yang selama ini jadi dinding buat Aydan, Aleya mula muncul sebagai cahaya yang perlahan-lahan menyuluh sisi dunia yang tak pernah Aydan kongsikan dengan sesiapa. Tapi mampukah dua jiwa yang berbeza dunia bertemu di tengah jalan? Bila yang satu hidup dalam bayang-bayang, dan yang satu lagi dilahirkan untuk menjadi cahaya, mampukah mereka saling melengkapi?
Cikguku Crushku by SamsungSamsung228
68 parts Complete
Zafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adlie berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada mencintai Dayana iaitu anak muridnya sendiri.Tak mungkin dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang baru berusia 19 tahun ?! No way ! Manakala Dayana si gadis cantik manis berusaha mendapatkan hati si lelaki.Berusaha melentuk corak dan langkah lelaki itu.Meskipun dia tahu hanya sia2. Zafiey Adlie - Saya tak akan balas cinta kmau Dayana ! Saya tak mungkin cintakan kamu ! Ezz Dayana - Baiklah kalau tu yang cikgu kata.Saya terima.Mulai hari ini,saat ini,detik ini saya tak akan simpan lagi di hati saya seorang lelaki yang bernama Zafiey.Assalamualaikum. Ingatkan bila si dia mula menjauhkan diri.Hati akan mula tenteram.Namun tatkala si gadis berpindah ke sekolah baharu tanpa pengetahuannya.Barulah dia mengerti bahawa.. Hatinya benar2 telah jatuh cinta dengan gadis itu.Perasaan bersalah mula terasa di sudut hati.Bayangan Dayana semakin menerpa di mindanya.Gerak geri gadis itu ,telatahnya, senyuman dan wajahnya.Seakan penuh di lenggar mata Zafiey.Hati merasa semakin rindu. Setelah 3 tahun berlalu..Suatu kejadian yang terjadi menyebabkan Zafiey bertemu semula dengan insan tersebut. Apakah yang sebenarnya yang berlaku ? Mampukah Zafiey menarik semula cinta yang ia sendiri buang dahulu.Dan dapatkah Ezz Dayana memaafi tingkah laku Zafiey yang membuatkan dia terluka dahulu.Masihkah dia suka akan guru itu ? Meskipun telah lama mati sebagai crush di hati.
You may also like
Slide 1 of 9
Our love begins here (Malay) cover
Derana (Bab Percuma) cover
LOST [OG] cover
The Chosen One : Life (S1) | Treasure cover
CRAYON™ (C)  cover
Dalam Diam, Aku Perhati cover
Cikguku Crushku cover
Kau, Aku dan Sahabat?  cover
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)  cover

Our love begins here (Malay)

8 parts Ongoing

Sinopsis: Nina Humairah, seorang gadis berusia 17 tahun, akhirnya melangkah ke alam persekolahan buat pertama kalinya-di sebuah sekolah persendirian terpencil yang terletak di sebuah pulau. Sejak kecil, Nina tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Hidupnya hanya berputar di sekitar rumah, belajar secara home-schooling, dan dilindungi sepenuhnya oleh pak ciknya, Dato' Affan. Seolah-olah disimpan dalam kaca, Nina dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Namun di sebalik kehidupan yang kelihatan sempurna, tersimpan kekosongan yang meresahkan. Nina tidak tahu siapa dirinya yang sebenar. Latar belakang, zaman kecil-semuanya kabur, bagaikan memori yang telah dipadam. Masa silamnya hilang entah ke mana. Kini, di Bella Rina Private School, Nina cuba menyesuaikan diri dan membina hidup baru. Namun, segalanya tidak semudah yang disangka. Di sebalik senyuman rakan baru, ada rahsia yang tersembunyi. Di balik pintu sekolah itu, satu demi satu misteri mula terbongkar-dan semuanya berkait rapat dengan siapa Nina sebenarnya. "Lebih baik buang Nina... daripada seksa Nina macam ni." - Nina Humairah "Aku minta maaf ! Aku sayang kau lah ! Buta ... ." - Arrian Zafran