Umar Mikhael merupakan seorang pemuda kampung yang cemerlang dalam pelajaran, namun terpaksa meninggalkan impian besarnya apabila ayahnya jatuh sakit. Dia memilih untuk mengambil alih pekerjaan sebagai petani, meneruskan perjuangan keluarganya.
Puteri Khayla Sofea, seorang gadis kampung yang berhati cekal, bekerja di sebuah kafe di bandar demi menyara adik, atuk, dan neneknya. Nasib mempertemukan mereka, tanpa mereka sedari bahawa mereka berasal dari kampung yang sama.
"Awak orang kampung sini ke?" tanya Umar Mikhael, tidak menyangka pertemuan itu akan membawa mereka lebih dekat.
"Haah, rumah saya kat hujung kampung sana," jawab Puteri Khayla Sofea sambil tersenyum, seakan takdir sudah tertulis.
Hubungan mereka mula berkembang, namun dugaan hidup tidaklah mudah seperti yang disangka. Apabila kesalahfahaman mula mengaburi rasa percaya, segalanya tergantung.
"Awak tak percaya kat saya ke?" tanya Puteri Khayla Sofea, perasaan terluka jelas di wajahnya.
"Bukan macam tu, tapi say-a..." Umar Mikhael tersekat, cuba mencari kata-kata.
Dalam kesamaran perasaan, mereka diuji-adakah cinta dan kepercayaan yang mereka bina cukup kuat untuk mengatasi rintangan yang mendatang?
Start: 12/1/2024
End:
All idea is mine. Do not copyright
Sebuah perkahwinan tanpa rela antara,
Nadhirah -seorang gadis kampung (anak keluarga berada tapi dibesarkan oleh nenek) yang tidak terdedah dengan dunia fashion .
dan
Fikri- CEO syarikat majalah fashion dan
berasal dari keluarga yang kaya.
perkahwinan tidak jadi antara Fikri dan kakak sepupu Nadhirah telah mengubah seluruh hidup Nadhirah. Akibat tidak tahan dengan kritikan Fikri terhadap dirinya, Nadhirah tekad untuk berubah .
Perubahan Nadhirah membuatkan Fikri bertambah bimbang apabila Nadhirah berjaya mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Apatah lagi bila Nadhirah telah dipilih sebagai Model majalah Fashionista milik syarikatnya atas undian ramai pihak pelabur syarikat .
Adakah Fikri berjaya memikat semula hati isteri yang pernah disakiti oleh dirinya sendiri?