Umar Mikhael merupakan seorang pemuda kampung yang cemerlang dalam pelajaran, namun terpaksa meninggalkan impian besarnya apabila ayahnya jatuh sakit. Dia memilih untuk mengambil alih pekerjaan sebagai petani, meneruskan perjuangan keluarganya.
Puteri Khayla Sofea, seorang gadis kampung yang berhati cekal, bekerja di sebuah kafe di bandar demi menyara adik, atuk, dan neneknya. Nasib mempertemukan mereka, tanpa mereka sedari bahawa mereka berasal dari kampung yang sama.
"Awak orang kampung sini ke?" tanya Umar Mikhael, tidak menyangka pertemuan itu akan membawa mereka lebih dekat.
"Haah, rumah saya kat hujung kampung sana," jawab Puteri Khayla Sofea sambil tersenyum, seakan takdir sudah tertulis.
Hubungan mereka mula berkembang, namun dugaan hidup tidaklah mudah seperti yang disangka. Apabila kesalahfahaman mula mengaburi rasa percaya, segalanya tergantung.
"Awak tak percaya kat saya ke?" tanya Puteri Khayla Sofea, perasaan terluka jelas di wajahnya.
"Bukan macam tu, tapi say-a..." Umar Mikhael tersekat, cuba mencari kata-kata.
Dalam kesamaran perasaan, mereka diuji-adakah cinta dan kepercayaan yang mereka bina cukup kuat untuk mengatasi rintangan yang mendatang?
Start: 12/1/2024
End:
All idea is mine. Do not copyright
MEGAT AISLE QAWIEM | KAISARA NAFEESA
كاءيسارا نافسا
Permaisuri yang amat berharga
"Nokey mana anak kita?" Soal Kaisara Nafeesa yang masih lemah dan masih mamai.
"Aku dah jual dia untuk bayar bil hospital kau!"
"Bersaksikan keluarga aku ,Kaisara Nafeesa Binti Qaiser Umar aku ceraikan dikau dengan talak 2 , sekarang kemas semua barang kau dan berambus ikut owner baru kau" Nokey memandang wajah isterinya itu dengan tatapan menjijikan.
Kaisara Nafeesa menatap wajah lelaki yang ia sangat cintai itu dengan wajah sukar untuk percaya dia dicampakkan setelah apa ia korbankan.
"Bagi balik anak saya Tuan, dia harta saya"
Kaisara Nafeesa meminta hak nya sebagai seorang ibu namun dengan kuasa apa yang boleh ia lakukan kerana dia hanyalah seorang suri rumah yang tiada penghasilan. Dia Cuba pelbagai cara untuk dapatkan buah hatinya dan lelaki yang membeli anaknya menawarkan syarat dan tawaran.
"Kahwin dengan aku,kau akan dapat anak kau. Kalau kau tolak bermakna kau dengan sukarela nak bayar semua hutang bekas suami kau " gelak Megat Aisle Qawiem.
"Kau permaisuri yang amat berharga untuk aku"
"Sayang ,abang minta maaf. Abang menyesal kita kahwin balik ye sayang" pujuk Nokey saat melihat bekas isterinya semakin cantik dan menyerlah
"Awak dah ceraikan saya dengan cerai lian(terpisah selamanya ) . Lelaki macam awak tak layak jadi suami. " Ujar Kaisara Nafeesa
"She belongs to me Adriano! ,stay away from my wife dude!"