Clara Emily, yang lebih dikenali sebagai Clara, menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan bersama ibunya. Namun, kebahagiaan itu tergoncang apabila ibunya jatuh sakit dengan penyakit kronik yang tiada penawarnya. Di penghujung hayatnya, ibu Clara memohon satu permintaan terakhir untuk Clara menyerahkan sebuah surat kepada seorang kawan lamanya.
Dalam perjalanan yang tidak disangka, Clara tiba di dunia fantasi yang penuh misteri dan bahaya. Bersama adik-adiknya, Erland dan Sandra, Clara terpaksa menavigasi dunia yang asing dan penuh teka-teki untuk mencari penerima surat yang tidak pernah disangka. Namun, perjalanan itu membawa Clara kepada penemuan mengejutkan tentang dirinya yang sebenar.
"Tapi Clara lain. Dia ada kaitan dengan dunia kami," King Kaiser Alaric.
Dalam menunaikan permintaan ibu yang terukir di sehelai kertas, fikiran Clara kian bercerlaru. Pengembaraannya membuka pintu kepada seribu satu persoalan, tentang dirinya, dan dunia yang kewujudannya tidak pernah terlintas dalam fikiran.
Namun, di tengah pencariannya, muncul Queen Isla Juliet yang membawa amarah lama yang belum padam, menyerang Therondia demi dendam yang terbuku bertahun-tahun.
"Dendam apa lagi yang kau bawa? Tak cukup apa yang telah buat pada kakak ku, Roselle?" Queen Aressea Belarin.
Queen Isla Juliet tidak berputus asa. Dia akan mencapai apa yang diidamkannya selama ini.
"Aku, Princess Odessa Leona, puteri kepada King Kaiser Alaric, bersumpah menyerahkan kerajaan Therondia kepada Queen Isla Juliet," Princess Odessa Leona.
Keadaan serta-merta menjadi huru-hara, seperti badai yang menanti saatnya untuk melanda.
Apakah yang berlaku kepada Princess Odessa Leona? Dendam apa Queen Isla Juliet ingin membalas? Dan...siapa sebenarnya Clara?
[Pattenson Family vol. 1]
Disaat seorang kapten juruterbang ditimpa insiden hitam yang telah menyatukannya dengan wanita cantik bermata kelabu, semua rancangan perkahwinan dengan si cinta hati kian hancur.
"Sara, jangan macam ni please. We are getting married. Tolonglah, percayakan I Sara. I tak buat apa-apa dengan dia. You pun tahu dia anak perampas. Memang perangai pun ikut mama dia, perempuan jalang!" - ARASH MIKAEL AL-QAWISY
"Astagfirullahalazim, sampai hati you cakap macam tu, Arash." - DELYN FAWARA
Kebencian Arash yang semulajadi wujud terhadap sepupu angkatnya itu akibat kisah silam keluarga mereka kian semakin parah. Hina sungguh Del di matanya.
"Kenapa you tak boleh cinta dan sayangkan I macam mana you cinta dan sayangkan Sara?" - DELYN FAWARA
"Kau dengar sini baik-baik. Dalam mimpi pun belum tentu aku nak cintakan kau, apatah lagi realiti. Kau dengan Sara macam langit dengan bumi. Lagipun cinta aku hanya untuk Sara. Bukan untuk perempuan macam kau." - ARASH MIKAEL AL-QAWIYSH
Del perlu menahan peritnya hidup dibenci walaupun sejak dulu dia sudah menaruh hati pada Arash. Apakan daya, percaturan Tuhan itu sentiasa ada hikmah-Nya, Arash sedar bahawa memiliki Delyn sebagai isteri tidaklah begitu teruk. Cinta mereka kemudian berputik di Kota Rome.
Namun begitu, ujian untuk mereka sepertinya tidak berakhir dengan mudah. Saat pasangan itu hampir mencapai kebahagiaan kemuncak, mereka diuji dengan salah faham yang besar. Sekali lagi Arash telah menyakiti isterinya. Saat kebenaran terbongkar, hati Delyn telah tawar. Tiada lagi rasa cinta itu untuk si suami. Apakah pengakhiran bagi hubungan mereka?