Projek Black Veil: Konspirasi penuh rahsia, ancaman mematikan, dan satu kebenaran yang mampu mengubah segalanya. Alex Thorn kini menjadi buruan dalam permainan bayangan. "Kau memang suka cari masalah kan, Thorn?" Kata salah seorang musuh sambil menghalakan senjata pada Alex. "Masalah yang datang cari aku," balas Alex dingin. Di lorong-lorong gelap Kota Budapest, Detektif Alex Thorn terseret ke dalam konspirasi gelap yang dikenali sebagai Projek Black Veil - operasi sulit yang hanya wujud dalam bisikan. Ketika seorang pemberi maklumat muncul dengan bukti penting, pertemuan itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila nyawa melayang dan Alex menjadi sasaran musuh yang tidak kelihatan. Dalam pemacu kilat berwarna hitam, tersembunyi rahsia yang mampu menggoncang dunia. Diburu tanpa henti, Alex harus mencari kebenaran di sebalik bayangan, sebelum rahsia itu memakan dirinya. Namun, dalam permainan ini, siapakah yang sebenarnya menarik tali di sebalik tabir? Short story by MooN*iz Coming 2025
More details