Story cover for Kevin Anggara [ On Going ] by GrayOffc
Kevin Anggara [ On Going ]
  • WpView
    Reads 1,508
  • WpVote
    Votes 142
  • WpPart
    Parts 14
  • WpView
    Reads 1,508
  • WpVote
    Votes 142
  • WpPart
    Parts 14
Ongoing, First published Jan 18, 2024
WARNING-! ⚠️ 

Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻

Kevin Anggara, seorang lelaki yang tenang dan penyabar, hidup dengan prinsip untuk selalu membantu orang lain. Namun, kehidupan yang indah itu berubah apabila dia bertemu dengan Adresia Diyana, seorang wanita yang pendiam dan jarang berbicara. Walaupun Diyana selalu menunjukkan senyuman, dia menyimpan banyak kesedihan di dalam hatinya.. kesedihan yang datang dari sebuah keluarga yang tidak pernah mengasihinya.

Diyana dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan pergaduhan dan penghinaan. Kakaknya selalu membandingkan dirinya dengan Diyana, dan ibu bapanya tak pernah memberikan sokongan yang dia perlukan. Satu-satunya tempat yang dia rasa selamat adalah dengan sahabatnya, Adeena. Namun, kehidupan Diyana menjadi lebih buruk apabila fitnah yang ditaburkan oleh kakaknya menyebabkan kedua orang tuanya ingin melihatnya mati.

"Saya tak ada sesiapa, Tuan... hanya Adeena." - Adresia Diyana.

Kevin, yang selama ini hanya melihat dari jauh, tidak tahan melihat penderitaan Diyana. Dia berjanji akan melindunginya, tidak kira apa yang berlaku.

"Jangan risau, selagi saya ada, tak ada siapa boleh sentuh awak." - Kevin Anggara.

Namun, ancaman semakin besar, dan Kevin terpaksa berhadapan dengan keluarga Diyana yang tidak segan-segan untuk menghancurkan nyawa anak mereka sendiri. Dapatkah Kevin melindungi Diyana dari kebencian keluarganya, atau adakah mereka  berdua akan terperangkap dalam dunia yang penuh dengan kezaliman? 











.
All Rights Reserved
Sign up to add Kevin Anggara [ On Going ] to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
| C🐧|TOGETHER  by Ranran_01
76 parts Complete
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk mencari pengalaman di negara orang. Namun, pilihannya tersasar jauh. Episod pengkhianatan mengucar-ngacirkan hidupnya. Selama dua tahun itu, diri terasa bagai hamba abdi. Hendak melarikan diri, emak dan adik-adik di kampung menjadi galang ganti. Kehadiran Daniel Hazim sebagai penyelamat satu malam membuka lembaran baru dalam hidup Jane. Ketenangan yang sentiasa hadir daripada lelaki itu cukup membuatkannya selesa dan mula mempunyai harapan untuk terus hidup kembali cerah. Daniel yang ditinggalkan kekasih menjadikan Jane wanita yang ingin dia selamatkan. "Hidup awak terlalu berharga. Saya janji akan tolong awak."- Daniel Hazim. Di sisi Jane ada juga lelaki yang menaruh rasa rindu, Kang ha-Joon. Jejaka itu sangat menginginkan Jane mula melakukan apa sahaja untuk memiliki gadis itu. Perkenalannya dengan Jane menimbulkan pelbagai rasa yang tak pernah dia ketahui. Tidak kira banyak kali Daniel muncul sebagai penghalang antara dia dengan Jane, wanita itu akan dia rebut walau harus beradu aksi sekalipun. "I want her legally, what ever it takes!"- Kang Ha-joon Tetapi Jane tetap akur dengan keadaan. Kehadiran dua jejaka itu mendatangkan amarah kepada si dia yang berdendam dahagakan darah. Lalu diri dibawa menjauh demi keselamatan mereka. Berjayakah Jane keluar daripada kehidupan gelapnya dan kembali menjadi Nurul Jannah? Lalu bagaimana pula penerimaan Puan Nurjuwita terhadap Daniel? Konflik apakah di antara ibu dan anak itu? "Saya tak layak dilindungi sesiapa!" - Jane Nantikannya dalam kisah 'Kita Bersama' Trigger Warning❗️ Mature Content: Kata-kata kesat, scene pembunuhan, pergaduhan. ❗️Say no to plagiarism❗️ Start: 10 OKTOBER 2023 End: 1 DISEMBER 2023 🐧ONE AND ONLY RANRAN🐬
RASMI MILIKKU by LaylaInhara
21 parts Complete
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu? Raez Rafael. Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam. Tetapi, siapa sangka... Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois. Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa. "Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez 'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati. "Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah." 'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai. Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan? Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place. Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi. "Bagi balik diari Dira!" "Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."
AFWAN: Mine, Angel! by CutyLyn123
54 parts Complete Mature
"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhianati. Dianiaya. Itu perkara yang seterusnya dihadapi oleh Angel. Malahan, seawal 10 tahun dia sudah menghadapi penderitaan yang cukup perit dan mengerikan. Tiada sesiapa yang mahu membantu sekalipun keluarga sendiri. Sehinggakan, Angel bertekad untuk mengakhiri penderitaannya. "Angel, maafkan babah. Babah janji babah akan bantu Angel. Babah akan minta tolong Afwan" - Dhean Arriyan. Sangka Angel, Afwan itu akan memandangnya hina sama seperti orang lain melihatnya. Namun, sangkaannya jauh sekali meleset. Afwan sangat menyayanginya malahan melindunginya. Tetapi kehadiran Afwan tak dapat merubah apa - apa. "Angel. Kau kena sedar yang tak ada lelaki nakkan perempuan jijik macam kau" - Izwan "Aku merayu lepaskanlah aku" - Adhea Riana Tekadnya seorang Afwan berjaya membongkar semuanya dan akhirnya pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara. Namun itu bukanlah titik noktah untuk derita Angel apabila kehadiran Izwan setelah 10 tahun berlalu. Angel kembali sesat di dalam mimpi ngeri namun Afwan hadir untuk menggenggam erat tangan Angel. Afwan sedar bahawa dia harus melindungi Angel dengan nyawanya sendiri. "Aku tak layak untuk kau" - Adhea Riana "Salah. Angel paling layak untuk abang sebab tak akan ada perempuan yang layak selain Angel" - Afwan Rafiqi Akankah Angel berjaya untuk menggapai bahagia? +++ Warning!⚠️ - keganasan terhadap kanak - kanak - penderaan mental P/s: jangan maki saya🤣😅 maki watak dibenarkan lagi membenarkan.😉 Bismillah... +++ Start: 30/5/2021
MY AMORE MIO [COMPLETED] by syahh009
29 parts Complete
Kevin xicoe Sapa tak kenal memang kau ketinggalan zaman. Kevin seorang lelaki yang gangster pada sekolah rendah hingga menengah. Selalu mengganggu seorang perempuan pujaan hati nya setiap hari sejak sekolah menengah. Percuma kalau diaorang laporkan kepada ibubapa Kevin kerana mereka tak kan ambik tau apa yang anak mereka buat. That why dia bebas. "kau! Ambik kan aku kopi!" Arah Kevin dengan bola mata nya melilau Nazlina Keisha. Nazlina Keisha Seorang perempuan yang lemah lembut tapi dalam diam dia garang bila mengamuk. Jangan pandang luar tapi dalam juga dan seorang pembantu menjaga tanaman arwah atok kevin. Sapa sangka dalam diam dia trauma seseorang yang selalu mengganggu semasa sekolah menengah? Sikap Kevin membuat kan Nazlina mengingat kan kembali trauma nya yang dulu menyebabkan dia bertindak luar kawalan. "Nak pergi mana bawak beg² ni semua?!" Matanya ralik tajam memandang beg Nazlina. "Maaf..semoga encik dapat yang lebih baik ye. Assalamualaikum" surat diletakkan atas meja kecil dihadapan Kevin dan pergi. Tindakan yang tidak diduga membuatkan Kevin makin hilang kawalan. Dia takkan lepaskan perempuan yang berjaya ketuk pintu cinta bekunya. "Encik! Apa yang encik buat ni?! Encik buat tanpa pengetahuan saya!." Kedua tangan nya diikat ketat oleh Kevin yang duduk di birai katil berhiasi bunga mawar. "Kau yang paksa aku buat macam ni Nazlina Keisha" satu persatu butang baju suit putih dibuka. "solo lui. Amore mio" senyuman sinis terukir Apa yang Kevin buat kat Nazlina? 100% idea dari author! Dilarang mencuri!
TUNKU'S SENORITA [slow update] by irdaina
24 parts Ongoing
[First Story] Ayra Dayana-anak kepada Dato' Azhari Ahmad. Dilahirkan dalam keluarga ternama, dia seorang gadis yang ceria, mesra, dan mudah bergaul. Dengan kulit seputih mutiara dan mata hazel yang redup, dia sentiasa tampak tenang dan penuh pesona. Hidupnya seolah-olah sempurna, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Tapi semua itu hanyalah dusta semata- mata. Dengan hanya satu tragedi telah meranapkan dunianya. Dalam sekelip mata, Ayra Dayana yang periang lenyap. Dia berubah menjadi seorang yang dingin, pendiam, dan menjauhkan diri dari semua orang. Hatinya kosong. Percaya pada manusia? Tidak lagi. Dunia yang dulu terasa indah kini penuh kegelapan. Di saat dia berada di titik terendah, hadir seorang lelaki yang tak dikenali. Kehadirannya aneh, seolah-olah dia sudah lama ada, memerhati dari jauh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul. Lelaki itu tidak banyak bicara. Namun, tatapan matanya penuh rahsia. Langkahnya sentiasa ada di mana-mana, seakan-akan bayang-bayang yang setia mengekori. "And who is he?" "Dar." Dar? Siapa lelaki itu? Mengapa setiap kali Ayra di dalam waktu kesukaran, dia tetap ada? Adakah dia penyelamat... atau sekadar pemerhati dalam kisah hidup Ayra yang semakin kelam? Dan yang paling penting, apakah rahsia yang dia sembunyikan? Adakah pertemuannya dirancang atau sebaliknya? Siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Dar? Dan adakah dia mampu untuk bahagia? ⚠️Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa, saya budak baru belajar ⚠️No copied ⚠️2 pengarang dalam 1 cerita ⚠️Banyak typo this is second account, from TUNKU'S STORY. Please, support us, thank you! Jangan lupa vote jugaa, thank youu!!
MY CRAZY WIFE ! (SLOW UPDATE) by _realain
29 parts Ongoing
Naira Faheera, seorang gadis yang dibuang oleh keluarganya sendiri, terpaksa mencari kasih sayang dalam keluarga angkatnya. "KAU KELUAR DARI RUMAH NI SEKARANG!!" - Encik Nufail "Shh... Umi ada untuk Naira." - Puan Humaira Kehidupannya berubah drastik. Naira, yang dulunya ceria dan periang, kini menjadi seorang gadis yang lebih pendiam dan penuh dengan luka dalam hati. Selepas kegagalan cinta pertamanya, hadir seorang lelaki yang cuba merawat luka lamanya, memberikan perhatian dan kasih sayang yang selama ini diinginkan. "I know... but I'm not your first love." - Naira Faheera "You might not be my first love, but you'll be my last and forever love." - Tengku Darees Khaleel Namun, kebahagiaan yang mereka idamkan hancur apabila munculnya orang ketiga, Melissa Delisha. "She's my first love." - Tengku Darees Khaleel "But I'm your wife!" - Naira Faheera Hati Naira semakin keliru, di saat dia cuba untuk memperbaiki hubungan dengan suaminya, datang pula ujian dari orang ketiga. Mengapa nasibnya begitu malang dalam percintaan? "You have to pay for all this shit." - Naira Faheera "One day, you'll understand why I did everything. But for now, you need to feel what I felt! She won't stop making you suffer." - Melissa Delisha Siapa sebenarnya Melissa? Apa yang berlaku kepada wanita itu? "Cari perempuan tu sekarang! Dia dah buat kecoh, dan dia perlu bayar semua ini!" - Naira Faheera "Why me?" - Naira Faheera "Cause I hate you, Naira." Mampukah Naira mempertahankan rumah tangganya dan melindungi orang tersayang, atau apakah semua ini akan hancur begitu sahaja? WARNING !! ⚠️ Grammar terabur ⚠️ Ada a few ayat makian ⚠️Action.. maybe? ⚠️No copyright *Saya minta maaf kalau cerita ni sedikit pelik*
Girl In The Rain by theonlyonenina
13 parts Ongoing
" Her dad is a murder !! " " BAPA KAU MEMANG TAK GUNA KAN !!!? Kenapa bapa kau setuju juga nak terbangkan pesawat tu sedangkan dia sakit mental !!!!?? " " Penakut dan mementingkan diri sendiri. Bayangkan berapa banyak kehidupan keluarga dan nyawa orang yang tidak bersalah sudah dihancurkan oleh keluarga tu !!!! " Demi keselamatan , Angel dan ibunya terpaksa berpindah ke bandar lain kerana mendapat banyak ancaman dan kebencian daripada orang ramai . Mereka anak beranak harus menyembunyikan identiti dari orang luar . Mereka cuba bertahan untuk hidup . Namun setiap hari itu amat menyesakkan mereka berdua walaupun sudah 2 tahun berlalu . Angel dengan dunianya dan ibunya yang fokus kerja tidak ingat balik . Sehinggakan Angel membuat sesuatu yang tidak diduganya... " Please , berhenti buat mama risau.. Angel !! . Kenapa Angel buat macam tu !? Nak jadi pembunuh macam papa lagi ke ?!!! " - Puan Adeline " PAPA BUKAN PEMBUNUH !!! I Know he was wrong , tapi tiada sesiapa pun yang dengar luahan dia termasuk Angel !!!! " - Angelina Andreas Setiap pulang sekolah , Angel sering kali melawat jambatan berhampiran tasik untuk menenangkan diri . Dan bagaikan cuaca tahu akan hatinya , setiap kali itu juga hujan akan lebat dengan sendiri . Tinggallah Angel yang duduk sambil memeluk lutut dengan kepalanya yang tertunduk . " Kau memang suka kena demam ke ? " - Raiden Grey Kehadiran lelaki muda di jambatan itu sedikit sebanyak membuatkan kehidupan Angel yang gelap , sekelip mata berubah jadi pelangi . Namun pada malam itu , amat mengejutkan Raiden ... " ANGEL !! Kau kenapa ni !? Kau tak patut buat macam ni !!! - Raiden Setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan Angel hampir semuanya Raiden nampak . Mampukah Raiden pulihkan Putri ? Dan akan dapatkah Raiden melindunginya lagi bila mengetahui cerita sebenar yang turut melibatkan keluarganya ? - Ongoing story - This is my second story 🙊🥰 - Please vote and comment 🥺😭👉👈
Dangerous Mission√COMPLETED  by CornelliaCS
55 parts Complete
[BOOK 1]♡ Kasih sayang seorang abang sentiasa ada untuk adiknya...tapi adakah abangnya mampu untuk menahan sikap barannya terhadap sikap adiknya sendiri?? Itu lah Daniel Faris...yang menjaga adiknya Dexter dan Damia...akan tetapi sikap Damia membuatnya menjadi panas baran Danish Lee kawan kepada Daniel Faris seorang jejaka tampan yang diminati oleh ramai gadis di luar sana ..akan tetapi kerana sifat dingin dan kejam nya itu yang menyebabkan ramai orang takut akan dirinya Damia Shasha adik kepada Daniel Faris dan Dexter Faris seorang gadis yang cekap,tepat pada waktu...seorang gadis yang dikenali dari luaran baik hati,polos,ceria dan bersemangat tinggi tetapi dalaman gadis tersebut adalah kejam,membunuh tanpa belas kasihan, dan dingin dengan orangnya mengacau orang-orang yang ia sayang --------------------------- "Aku nak kau bunuh lelaki yang namanya Danish Lee...sebelum kau bunuh dia...kau bawa dia jumpa aku"Kata 'king' kepada Damia...anaknya sendiri --------------------------- "Adik memang main-main dengan kata-kata abang....okey kita tengok sejauh mana adik boleh lari...."Kata abang Daniel sambil menggenggam tangannya "Calm down bro.."Pujuk dexter memegang bahu Daniel tapi ditepis begitu saja "Alex...cari mana perginya budak tu...dia main-main kan dengan kata-kata aku..."Kata abang Daniel ------------------------- Setelah Daniel berkahwin...adakah dia mampu menjaga adiknya sendiri?? okey Jum baca!! Start:2/4/2020 End:23/4/2020
You may also like
Slide 1 of 10
| C🐧|TOGETHER  cover
ANAK BROKEN HOME [OG] cover
PERASAAN TERPENDAM (TAMAT) cover
RASMI MILIKKU cover
AFWAN: Mine, Angel! cover
MY AMORE MIO [COMPLETED] cover
TUNKU'S SENORITA [slow update] cover
MY CRAZY WIFE ! (SLOW UPDATE) cover
Girl In The Rain cover
Dangerous Mission√COMPLETED  cover

| C🐧|TOGETHER

76 parts Complete

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk mencari pengalaman di negara orang. Namun, pilihannya tersasar jauh. Episod pengkhianatan mengucar-ngacirkan hidupnya. Selama dua tahun itu, diri terasa bagai hamba abdi. Hendak melarikan diri, emak dan adik-adik di kampung menjadi galang ganti. Kehadiran Daniel Hazim sebagai penyelamat satu malam membuka lembaran baru dalam hidup Jane. Ketenangan yang sentiasa hadir daripada lelaki itu cukup membuatkannya selesa dan mula mempunyai harapan untuk terus hidup kembali cerah. Daniel yang ditinggalkan kekasih menjadikan Jane wanita yang ingin dia selamatkan. "Hidup awak terlalu berharga. Saya janji akan tolong awak."- Daniel Hazim. Di sisi Jane ada juga lelaki yang menaruh rasa rindu, Kang ha-Joon. Jejaka itu sangat menginginkan Jane mula melakukan apa sahaja untuk memiliki gadis itu. Perkenalannya dengan Jane menimbulkan pelbagai rasa yang tak pernah dia ketahui. Tidak kira banyak kali Daniel muncul sebagai penghalang antara dia dengan Jane, wanita itu akan dia rebut walau harus beradu aksi sekalipun. "I want her legally, what ever it takes!"- Kang Ha-joon Tetapi Jane tetap akur dengan keadaan. Kehadiran dua jejaka itu mendatangkan amarah kepada si dia yang berdendam dahagakan darah. Lalu diri dibawa menjauh demi keselamatan mereka. Berjayakah Jane keluar daripada kehidupan gelapnya dan kembali menjadi Nurul Jannah? Lalu bagaimana pula penerimaan Puan Nurjuwita terhadap Daniel? Konflik apakah di antara ibu dan anak itu? "Saya tak layak dilindungi sesiapa!" - Jane Nantikannya dalam kisah 'Kita Bersama' Trigger Warning❗️ Mature Content: Kata-kata kesat, scene pembunuhan, pergaduhan. ❗️Say no to plagiarism❗️ Start: 10 OKTOBER 2023 End: 1 DISEMBER 2023 🐧ONE AND ONLY RANRAN🐬