MUHAMMAD AISY HAIDER X NUR AURORA MEDINA
Setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Ada suka mahupun duka itu adalah lumrah kehidupan manusia. Hendaklah mereka ingat bahawa setiap takdir hanya mampu diubah dengan doa mengikut kehendakNya.
Hadirnya seorang lelaki yang sentiasa tenang dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran, Leftenan Komander Muhammad Aisy Haider merupakan seorang anggota angkatan tentera laut yang bekerja di bawah satu unit elit yang dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL).
'Sentiasa Yang Terbaik'
Berhadapan dengan musuh dan ajal merupakan perkara biasa bagi seorang perajurit negara seperti dia. Sehingga beliau diperangkap oleh kembar sendiri, Muhammad Aqil Hander.
Nur Aurora Medina, gadis berpewatakkan ceria dan lembut yang selalu menghabiskan masa di kafe miliknya. Namun, disebabkan kejadian malam yang tak diingini, beliau telah ditangkap berdua-duaan dengan lelaki yang disangka pelanggan misterinya, Aqil Hander telah memusnahkan hampir keseluruhan hidupnya.
"Kau bodoh, Aurora!"
Demi rasa tanggungjawab dan ingin menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, Aisy Haider tidak mempunyai pilihan selain menawarkan dirinya untuk bertanggungjawab ke atas perempuan itu.
"Aku nak ingatkan kau yang kau bela tu anak aku! Faham tak?!"
"Kau tak ada kaitan dengan bini aku?!"
"Till our next eclipse, Aurora Medina."
Mampukah Aurora menerima takdir? Sanggupkah Aisy mempertahankan diri dan keluarganya? Apakah muslihat yang akan dilakukan oleh kembarnya sendiri?
Semuanya akan terjawab dalam kisah ini.
Bye.????????????????
Selamat membaca :)
Idea hak cipta milik © leenaice
⚠ Untuk pembaca matang
⚠ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita.
⚠ Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa =)
Start -19/1/2024
End - ?
All Rights Reserved