We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
THE GUARDIAN ANGEL | LEE KNOW

THE GUARDIAN ANGEL | LEE KNOW

  • WpView
    Reads 48
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Mar 18, 2025
WpInfo
Fanfic
Stray Kids
πŠπˆπ‘π€ππ€ ππ€πƒπˆπ‘π€, seorang wanita yang mempunyai segala-galanya. Harta, pangkat, serta darjat. Disebabkan kesemua kelebihan itulah, dia bongkak, tamak, dan juga jahil agama. Takut dengan sikap Nadira yang semakin sesat dari jalan Allah SWT, ibu bapanya memperjodohkan dia bersama anak kawan mereka, iaitu Affan Wafi. 𝐀𝐅𝐅𝐀𝐍 π–π€π…πˆ, seorang yang berpelajaran dan datang dari keluarga yang mementingkan agama membuatkan dia mahir dalam ilmu agama. Dinikahkan bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya, tidak menjadi masalah buatnya. Perkahwinan mereka bagaikan tidak wujud. Nadira tidak pernah menganggap Wafi sebagai suaminya yang sah, Wafi pula cuba untuk membawa Nadira kembali ke jalan Allah SWT. Tapi apakan daya, dengan sikap Nadira yang terlalu mementingkan hiburan dunia semata-mata, membuatkan ia sukar untuk Wafi. Suatu malam yang tenang telah merubah segala-galanya. Disebabkan malam itu, Nadira mula trauma untuk keluar dari rumah dan mendekati lelaki termasuklah suaminya sendiri. Sebagai seorang suami, Wafi cuba untuk membuang trauma tersebut dari diri Nadira. Nadira dan Wafi mula merapati sesama sendiri. Sehingga ada sekelumit rasa cinta di dalam diri masing-masing. Setiap perkahwinan pasti ada turun dan naiknya. Apabila Nadira sudah mula melupakan traumanya, lelaki yang tidak ingin Nadira berjumpa lagi, muncul kembali dalam hidupnya... "Wafi... Tolong saya... Saya takut..." - Kirana Nadira "Shh, saya ada dekat sini. Saya ada. Jangan takut. Suami awak ada dekat sini." - Affan Wafi - Start : 18/03/25 End :
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝑫𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒖𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒅𝒂 (π‘―π’Šπ’” 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒕'𝒔 π‘«π’†π’”π’Šπ’“π’†)  | π“πžπ«π›π’π­
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Permata Yang Dinanti
  • Pikat Hati Dia
  • Love In Silent βœ”
  • TAKDIR (c)
  •  π…πšπ­π‘ππšππžπžπ§ | ON GOING
  • Biar Berjuta Kali (Bab Percuma)
  • LAYAKKAH AKU

[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23

More details
WpActionLinkContent Guidelines