5 parts Complete KHALIF IDRUS | LAILA HUSNA
Laila diberikan tugasan oleh bosnya untuk melakukan liputan lintas langsung Kejohanan Badminton Antarabangsa yang bertempat di Tokyo bagi menaikkan prestasi dan imej Score Sports.
Tugasan tersebut termasuk menemu bual Khalif Idrus, seorang pemain badminton harapan negara yang terkenal dengan sikapnya yang tidak mesra media.
"Do a five-minutes interview with me,
please. In return, saya bagi Encik Khalif brownies ni." ㅡ Laila Husna
"I'm amazed by your enthusiasm, tapi awak rasa, brownies boleh patahkan prinsip saya ke, cik reporter?" ㅡ Khalif Idrus
Namun, Laila tidak berputus asa.
Berkat usaha gigihnya, dia akhirnya berjaya mewawancara lelaki itu buat julung kalinya, suatu pencapaian luar biasa yang belum pernah dicapai oleh mana-mana stesen TV atau media sukan lain. Kejayaan itu secara tidak langsung meningkatkan reputasi Score Sports dalam industri media sukan.
Walau bagaimanapun, kejayaan Laila tidak disenangi oleh beberapa buah pihak. Ada rakan seindustri yang iri hati, malah menuduhnya menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan wawancara tersebut.
Keadaan semakin tegang apabila timbul spekulasi bahawa Laila mempunyai hubungan istimewa dengan Khalif, sekali gus menyebabkan warganet mempersoalkan integritinya sebagai seorang wartawan sukan.
📌 full version in e-book
🏸 badminton player x sports reporter
💗 light reading