ESQANDAR: Lelaki Paling Hina

ESQANDAR: Lelaki Paling Hina

  • WpView
    Leituras 770
  • WpVote
    Votos 23
  • WpPart
    Capítulos 9
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização ter, jan 30, 2024
Demi mengejar populariti dunia peragaan, Esqandar serahkan satu-satunya maruah dia pada Datuk Sonia. Esqandar tak kisah kalau orang nak cakap dia tu 'anak ikan' Datuk Sonia. Hakikatnya, memang dia pernah jadi teman tidur kepada wanita berpangkat Datuk itu. Hukum agama, Esqandar tolak ke tepi. Dia taksub dalam mengejar syurga duniawi. Hinggalah dia ditemukan dengan anak tiri Datuk Sonia, Nufa Raihana yang baru saja pulang dari luar negara. Mulut pedas Raihana kadang-kadang memang boleh buat Esqandar hilang sabar. Namun ditahankan rasa sakit hati mengenangkan Raihana itu anak perempuan Datuk Sonia. Saya tengok awak cukup sifat. Ada kaki, ada tangan. Awak boleh cari kesenangan awak sendiri. Kenapa sampai perlu gadaikan maruah sebagai seorang lelaki? - Raihana Mummy kau perlukan aku. Dan aku perlukan dia untuk kepentingan diri aku. Kau tak payah nak tazkirahkan aku sangat. Lebih baik kau pergi tazkirahkan mummy kau. Untuk pengetahuan kau, hubungan aku dan mummy kau dah sampai ke tahap atas ranjang. - Esqandar Raihana mengucap panjang. Puas dia nasihatkan Datuk Sonia, sikit pun tak mampu ubah perilaku ibu tirinya itu. Kesal, hubungan mereka rapat. Kembali renggang sejak munculnya Esqandar. Hanya mampu melihat maksiat yang sedang berlaku depan mata hinggalah Datuk Sonia dan Esqandar terlibat dalam sebuah kemalangan. Datuk Sonia bukan saja disahkan koma disebabkan insiden itu, malah Datuk Sonia hilang sebelah kakinya. Kalau awak tak memandu dalam keadaan mabuk, mummy saya takkan terlantar macam tu. Awak punca kepada segala-galanya, Esqandar! - Raihana Aku minta maaf, Rai. Aku tahu salah aku. Kau bagitahu aku, apa patut aku buat supaya kau maafkan aku? - Esqandar Gantikan tempat mummy, pulangkan sebelah kaki mummy yang hilang. Kalau awak mampu, kemaafan saya adalah milik awak. - Raihana Permintaan yang cukup berat. Mana mungkin Esqandar bisa tunaikan. Tak jemu menagih kemaafan, namun kerasnya hati Raihana buat Esqandar tertunduk lemah. Putus asa.
Todos os Direitos Reservados
#19
anaktiri
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • RASMI MILIKKU
  • Hadirnya Cinta
  • PENGARANG JANTUNG : TENGKU AIDEEN RIDZHAN
  • Bakal Suami?
  • Ya , Sayang ?
  • Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
  • Encik Suami Sweet
  • Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira

Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu? Raez Rafael. Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam. Tetapi, siapa sangka... Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois. Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa. "Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez 'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati. "Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah." 'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai. Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan? Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place. Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi. "Bagi balik diari Dira!" "Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo