𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑𒆜𓊉
"𝐎𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐲"
━━━━━━
Dari jauh, Arissa Humaira hanya mampu memandang.
Dia, si gadis biasa, jatuh hati pada Mikha Aryash, senior yang tak pernah peduli akan wujudnya. Popular, pendiam, dan terlalu dingin untuk disentuh.
Tapi satu insiden membuka langkah pertama.
Dan bila Mikha mula menjauh, Arissa mula menghampiri.
"Mikha! Saya suka awak, awak suka saya tak?"
katanya-dengan senyuman paling berani yang pernah dia lemparkan.
Semakin Mikha berdiam, semakin Arissa menyerang dengan kasih sayangnya. Setiap penolakan, setiap pandangan kosong, tidak pernah mematahkan semangat gadis itu. Hatinya sudah memilih. Dan Mikha... harus jadi miliknya.
Namun saat hati Mikha mula terbuka,
takdir merampas segalanya.
Mikha terbang ke luar negara, meninggalkan cinta yang baru hendak bermula.
Bertahun-tahun kemudian...
Mereka bertemu semula.
Dewasa. Berbeza.
Tapi hati masih mengenal rasa yang lama.
Dan saat mereka akhirnya halal, bahagia yang diimpikan datang dengan luka yang belum sembuh.
Trauma silam Arissa kembali menghantui,
menggoyahkan apa yang telah mereka bina bersama.
"Saya tak sanggup lagi Mikha, tolong saya. Tolong saya, Mikha."
"Saya akan lindungi awak buat selamanya. Saya akan buat apa-apa sahaja untuk awak."
Sebuah kisah tentang cinta yang dikejar tanpa lelah,
perpisahan yang mendewasakan,
dan perjuangan dua hati yang enggan menyerah,
kerana mereka tahu, cinta yang benar... tetap akan pulang.
~sequel Cousin Or Husband?
~dont plagiat
~feel free to read and vote.
cringe alert🚨
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah |
Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting...
Dibencikan!
Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini.
Dasar jantan tak guna!
Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru.
"Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz
"Untuk?" -Anastasia
"Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku."
Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia.
"Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?"
Apa semua ni?
Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni?
Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya?
Silakan dibaca...
-Light story
-Comedy Romance