Larkspur X Kay
" Kau indah , tetapi menyakitkan. " - K
" Kau lupa ? Larkspur. Ya , indah tetapi sebenarnya ia adalah racun yang boleh mematikan diri kau. Aku dan Larkspur adalah orang yang sama. Orang yang bakal meracuni kau Kayder. " - A
" Jika dengan menelan racun tersebut dapat membahagiakan kau , aku sanggup. Dan jikalau aku harus menelan racun itu untuk hidup bersama kau sampai akhir nafas kita , aku rela. Demi kau , Permata. " -K
" Please give up on me. Aku tak layak untuk kau. Aku perempuan kotor. Beritahu aku , dengan cara apa lagi untuk aku buat supaya kau bencikan aku Kayder ? " - A
" Aku sanggup bersihkan apa yang kotor didalam diri kau. Bagi aku , kau permata yang begitu berharga , begitu nirmala dan berharga buat Kayder Zaquan. Jikalau kau perlukan masa , silakan. Pergilah. Tetapi untuk lepaskan kau pergi , aku tak mampu. Kau segalanya buat aku. " -K
" Kau menunggu sembewarna dari pohon yang mati , dan akhirnya sia-sia menjadi noktah di akhir aksara ini. " A
" Aku akan tetap menanti mu meski dasawarsa lamanya , wahai ratna pakaja ku. " -K
No plagiarism.
START : 2/2/24
END : -
「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」
Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki itu dari jarak jauh agar tidak dilihat olehnya.
❝Oh my Mr. Vanilla!❞ Jerit Elyana Lyra di dalam hatinya. Wajah itu... membuktikan betapa indahnya ciptaan tuhan.
Tidak tahu mengapa tetapi, Tengku Raess Aedden bagai tidak menyukai kehadirannya setiap kali mereka berjumpa. Dia cuma mahu mendekati lelaki itu tetapi terlampau banyak perkara buruk yang terjadi apabila mereka berjumpa. Tidak peliklah mengapa Raess selalu memarahinya.
Segalanya menjadi semakin buruk apabila Elyana mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Raess.
❝ buang perasaan kau tu jauh-jauh. Stop being nonsense. Aku taknak dengar lagi kau cakap tentang ni Elyana.❞
Selepas sahaja kejadian itu, mereka langsung tidak berjumpa. Sampailah suatu hari, mereka berjumpa di satu majlis.
❝I know, I'm hot. But can we go now Miss Elyana Lyra?❞
❝ Awak siapa? Kenapa awak ada dalam bilik saya ya?❞
Dan disitulah semuanya bermula.
COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]