Sangkanya mahligai yang dibina bersama lelaki pilihan akan memberi bahagia, namun itu hanyalah permulaan kepada mimpi ngeri buat Lily. Di saat menanti kelahiran zuriatnya ke dunia, dia dikhianati oleh Hud, suaminya sendiri.
"Apa salah Lily sampai abang sanggup seksa Lily macam ni?" - 𝐋𝐢𝐥𝐲 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚
"Kau tanya aku apa salah kau kan? Salah kau sebab percaya aku!" - 𝐆𝐡𝐚𝐳𝐢 𝐇𝐮𝐝𝐳𝐚𝐢𝐟𝐚𝐡
Sakit dipendam, parah menjadi dendam. Hati terluka, parut takkan hilang. Cinta dinafikan, tak mahu dikenang. Terlalu sakit hingga menyalahkan takdir Tuhan.
"Kenapa Allah hukum Lily seberat ini? Kenapa Allah beri dugaan yang Lily tak mampu hadapi? -𝐋𝐢𝐥𝐲 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚
"Lily Azzahra yang lemah dah mati, yang berada di depan aku sekarang adalah Lily Engelica yang kuat." -𝐋𝐞𝐨 𝐄𝐳𝐞𝐪𝐢𝐞𝐥
Setahun selepas peristiwa hitam itu berlaku, Lily kembali menuntut hak. Kemahuannya cuma satu, Hud harus menderita atas perbuatan khianat yang dilakukan kepadanya.
"Abang suami yang ada hak dan perlu dihormati. Tolong sedar, kenyataan itu takkan berubah selagi talak tak jatuh." -𝐆𝐡𝐚𝐳𝐢 𝐇𝐮𝐝𝐳𝐚𝐢𝐟𝐚𝐡
"Ceraikan aku dan kenyataan itu akan berubah." -𝐋𝐢𝐥𝐲 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚
Sebalik dendam Lily ada rahsia yang disimpan rapi. Sebalik pengkhianatan Hud ada kebenaran yang tak diketahui.
Akibat nafsu amarah yang menguasai diri, mereka saling menyakiti, tanpa sedar masa akan terus berlalu meninggalkan mereka yang sedang terpuruk menunggu sebuah kemaafan.
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees.
Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup.
Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya.
Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai.