"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buruk. Namun akhirnya luahan itu memakan diri bertukar menjadi tragedi terburuk hidupnya. "I think I met that stalker." - Ariq Solihin. Satu demi satu kesilapan tercipta, Ariq dihurung rasa bersalah. Tak mahu menghancurkan kehidupan gadis itu, dia ambil keputusan untuk bertanggungjawab. Menjadi malaikat penjaga gadis itu. Tak guna terus menepis perasaan jika hati melagukan rindu. Berterusan berdekatan membibitkan rasa cinta. Damia tahu dia sudah terlanjur memberi hati. "There's a thin line between love and admiration that I have for you. I had always been your fan, admiring you from afar. But then suddenly, a wave of emotions surged in, and I began to feel that there was hope. A chance for us. But I realised I had crossed the line. Saya dah jatuh cinta." - Damia Qaisara. Tatkala cinta disambut pemegang hati, mereka sedar semesta bukan berlingkar hanya untuk mereka. Kisah mereka jauh dari kenyataan. Cinta mereka samar dari realiti. "Saya boleh tunggu kalau waktu yang awak perlukan. Saya akan usaha jika bukti yang awak inginkan. Tapi saya tak boleh lupakan atau hilangkan awak dari hati saya sebagai bentuk pengorbanan untuk bahagia. Sebab saya nak bahagia dengan awak. Definisi bahagia saya adalah awak." - Ariq Solihin. "Den selamanya hak aku." - Pencinta Nombor Satu. Mampukah dengan ikhlas sahaja membawa kisah mereka menuju bahagia? Start: 4/2/2024 End: