Sejak di bangku sekolah, Ammara Mikayla dan Muhammad Amsyar Mijwad sudah mula menyimpan rasa. Namun, selepas tamat persekolahan, Ammara memilih untuk menjauh - bukan kerana dia tidak mencintai, tetapi kerana dia ingin mencari cinta Allah dan membina diri yang lebih baik.
"Fi hifzhillah, fi amanillah, Amsyar Mijwad. Semoga kita bertemu lagi di titik terbaik menurut takdir yang telah ditetapkan." -Ammara Mikayla-
"Fi hifzhillah, fi amanillah aidhon, Ammara Mikayla. Bi iznillah." - Amsyar Mijwad_
Takdir menemukan mereka kembali di sebuah universiti luar negara. Amsyar yang masih setia dengan rasa cinta lamanya, bertekad menjadikan Ammara miliknya walau terpaksa berdepan dengan permintaan mamanya iaitu bertunang dengan gadis pilihan mamanya sendiri.
Setelah memutuskan pertunangan tersebut atas persetujuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Amsyar dengan penuh keyakinan dan keberanian pergi berjumpa keluarga pemilik hatinya untuk menghalalkan gadis itu. Dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar. Dua bulan selepas pertunangan mereka, ikatan perkahwinan pun termeterai.
Namun, kisah cinta mereka belum selesai. Kemunculan semula seorang rakan lama yang menyimpan dendam membuka tirai ujian baru. Lelaki itu sanggup melakukan apa saja demi memiliki Ammara, walau terpaksa merampasnya dari tangan Amsyar.
"Aku tak cintakan kau." -Ammara Mikayla-
"It's okay, dear. Aku akan tetap dapatkan kau walau dengan apa cara sekalipun." -H-
Dalam detik paling getir, apabila Ammara berada dalam bahaya, Amsyar sanggup mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan wanita yang dicintainya sepenuh jiwa.
His Greatest Property bukan hanya tentang cinta dan takdir, tetapi juga tentang keikhlasan, pengorbanan, dan kekuatan doa dalam menempuh ujian kehidupan.