Dulu musuh, sekarang jadi majikan dengan maid pula. Juwita tak keruan jadinya! Sudahlah tak ada duit, kena buang kerja di tempat lama. Kini terpaksa hadap Si Seth, pembulinya zaman sekolah! Selalu mengejeknya badak, gajah, dan bermacam-macam binatang berbadan besar. Tiap kali jumpa, mesti dia akan dikutuk bersama geng nakalnya sampai Juwita nangis!
Seth pula, bukan seorang bujang. Suami orang pulak tu! Selamatlah sikit hati Juwita. Suami orang takkanlah nak buat perangai setan macam dulu, kan? Lega! Tapi... tak semudah itu kehidupannya di dalam rumah agam itu. Perangai bini Seth, memang tak terjangkau dek akal. Pelbagai dugaan dia terpaksa hadap.
Dan-dan, satu peristiwa telah mengubah segalanya. Juwita jatuh terduduk. Mimpi buruk menghempap pundaknya. Ah, hampir nak gila! Kenapa takdir begitu kejam? Juwita nak lari sejauh mungkin!
"Juwita... Kau bawak beg ni nak kemana? Siapa izinkan kau keluar dari rumah ni?" - Tuan Seth Reykarl
"Saya nak balik rumah mak saya. Awak faham tak?" - Juwita
"Aku rasa kau ni hilang ingatan kut. Kau tak ingat aku ni siapa?" - Tuan Seth Reykarl
"Tahu! Awak tu bala dalam hidup saya!" - Juwita
Gorgeous cover by @PutraRize_