Story cover for Benji by bungakhayalan_
Benji
  • OKUNANLAR 2,449
  • Oylar 91
  • Bölümler 28
  • OKUNANLAR 2,449
  • Oylar 91
  • Bölümler 28
Devam ediyor, İlk yayınlanma Şub 11, 2024
Nama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup aku, aku tak pernah tahu macam mana rasanya disayangi oleh seorang ayah ataupun mak. Rupa ayah dan mak aku macam mana pun aku sudah tak ingat lagi. 
          Aku juga tak pernah rasa kenyang. Aku sentiasa kebuluran. Aku hanya mampu mencuri sisa makanan yang sering dilemparkan untuk anjing jalanan. Sampaikan aku dengan anjing jalanan pun sudah tiada beza. Aku sering mempersoalkan mengapa Tuhan tidak lahirkan aku sebagai seekor anjing jalanan saja sekiranya kehidupan aku pun sudah sama seperti anjing jalanan. 
          Entah bagaimana kehidupan aku berubah sekilip mata. Pada suatu hari, aku dibawa ke kediaman Dato' Bakri yang sungguh megah dan cantik reka bentuknya yang seperti ala-ala British itu. Tetapi siapa sangka, kemegahan dan kecantikan itu hanyalah satu penipuan saja. Di dalam kediaman itu penuh dengan misteri dan cerita yang tiada siapa pernah tahu.
          Terdapat banyak pantang larang dan peraturan yang tak masuk akal di dalam kediaman itu. Sampai menimbulkan banyak persoalan di dalam fikiran aku. Semua orang suruh aku berhati-hati dengan hantu yang berada di tingkat atas kediaman itu. Apabila aku terbayangkan muka hantu, aku mula terasa takut untuk mendekati tangga yang menuju ke tingkat atas.
          Namun, disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak di hati aku ini, aku curi-curi juga naik ke tingkat atas yang dilarang keras untuk semua orang naik itu. Tetapi apa yang mengejutkan aku adalah, tanggapan semua orang salah selama ini. Bukan hantu yang berada di tingkat atas itu. Tetapi manusia yang suka menggelarkan dirinya sendiri hantu.
Tüm hakları saklıdır
Eklemek için kaydolun Benji kütüphanenize ekleyin ve güncellemeleri alın
veya
#172boyslove
İçerik Rehberi
Ayrıca sevebilecekleriniz
Ayrıca sevebilecekleriniz
Slide 1 of 10
SUNYI cover
BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED) cover
Andai Itu Takdirnya cover
Mr. Obstinate cover
CrUSh (CERPEN) cover
Dark Side (Complete) cover
Aku Maid Dia?! cover
Satu, Dua, Tiga cover
Pujaan Hatiku MR. HARRAZ cover
Mat Rempit  cover

SUNYI

39 bölüm Tamamlanmış Hikaye Yetişkin

Sambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuatkan aku enjoy dengan life aku sebagai seorang introvert. Bxb story🔞 Sex scene🔞 READ AT YOUR OWN RISK‼️