Benji
  • WpView
    Reads 2,927
  • WpVote
    Votes 148
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Feb 11, 2024
Nama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup aku, aku tak pernah tahu macam mana rasanya disayangi oleh seorang ayah ataupun mak. Rupa ayah dan mak aku macam mana pun aku sudah tak ingat lagi. Aku juga tak pernah rasa kenyang. Aku sentiasa kebuluran. Aku hanya mampu mencuri sisa makanan yang sering dilemparkan untuk anjing jalanan. Sampaikan aku dengan anjing jalanan pun sudah tiada beza. Aku sering mempersoalkan mengapa Tuhan tidak lahirkan aku sebagai seekor anjing jalanan saja sekiranya kehidupan aku pun sudah sama seperti anjing jalanan. Entah bagaimana kehidupan aku berubah sekilip mata. Pada suatu hari, aku dibawa ke kediaman Dato' Bakri yang sungguh megah dan cantik reka bentuknya yang seperti ala-ala British itu. Tetapi siapa sangka, kemegahan dan kecantikan itu hanyalah satu penipuan saja. Di dalam kediaman itu penuh dengan misteri dan cerita yang tiada siapa pernah tahu. Terdapat banyak pantang larang dan peraturan yang tak masuk akal di dalam kediaman itu. Sampai menimbulkan banyak persoalan di dalam fikiran aku. Semua orang suruh aku berhati-hati dengan hantu yang berada di tingkat atas kediaman itu. Apabila aku terbayangkan muka hantu, aku mula terasa takut untuk mendekati tangga yang menuju ke tingkat atas. Namun, disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak di hati aku ini, aku curi-curi juga naik ke tingkat atas yang dilarang keras untuk semua orang naik itu. Tetapi apa yang mengejutkan aku adalah, tanggapan semua orang salah selama ini. Bukan hantu yang berada di tingkat atas itu. Tetapi manusia yang suka menggelarkan dirinya sendiri hantu.
All Rights Reserved
#2
malaygay
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Satu, Dua, Tiga
  • Pelacuran Cinta(boyxboy)
  • Cerita Tiga Segi
  • Pujaan Hatiku MR. HARRAZ
  • Hubungan Terlarang Dua Suami
  • BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)
  • Mr. Obstinate

Ada yang berdua, ada yang bertiga dan ada pula yang lebih daripada itu. Ini kisah percintaan yang sangat kompleks. Ada yang benar- benar cinta, ada yang turut kerana nafsu. Ada yang setia seadanya, ada pula yang curang bila mahu. Yang cinta, cinta. Yang nafsu disalaherti. Inilah kisah mereka. Sambungan daripada kisah sebelumnya : Cinta Tiga Segi Silalah baca cerita ini ** maaf saya ni tak pandai sangat menulis, kalau tak best harap tinggalkan dalam keadaan senyap dan aman ye ***ada banyak benda yang tak kena dan tak betul so yang mana tak kena tu abaikan je la ye hehehe ****cerita ni gatal sikit dan saya rasa mcm mengarut sikit. Sorry la saya ni dalam penulisan bebal sikit. *ini semua hanyalah rekaan semata- mata *AMARAN! ⚠️ Tidak sesuai dibaca oleh golongan 18 tahun dan kebawah 🔞 *Tidak suka sila jangan baca! ⛔️

More details
WpActionLinkContent Guidelines