Sinopsis Takdir Buat Fatima Terkadang, mencintai bukan bererti harus memiliki. Namun, takdir di luh mahfuz telah tercatat jodohnya adalah Yusouf, lelaki yang sangat dicintainya. Bagaimana mungkin dia bisa menolak takdir yang dianggap indah itu? Hidup bersama Yusouf, tidak semudah Fatima bayangkan. Cacian dan makian Yusouf bagaikan hidangan ruji buatnya. Dan, di luar rancangannya ada satu nyawa baru yang sedang membenih di dalam rahimnya. Kehadiran malaikat kecil yang bakal menjadi penyeri dalam hidup Fatima membuatkan kebencian Yusouf semakin menjadi-jadi. Yusouf nyata tidak mengalu-alukan kehadiran cahaya mata mereka. Jijik dia hendak mengakui anak dalam kandungan Fatima itu adalah daripada darah dagingnya sendiri. Yusouf, suami yang tidak punya hati. Jiwanya di balut dengan kebencian hanya kerana perkahwinan yang terbina bukan atas kemahuannya. Fatima tahu dia tidak punya apa-apa untuk dibanggakan oleh Yusouf. Yang ada hanyalah ketulusan cinta yang tidak pernah dianggap oleh suaminya sendiri. Takdir sepertinya mempermainkan mereka sehingga keduanya kelu ibarat lidah terpasung lama. Satu peristiwa, merubah segalanya. Secebis bahagia kian sirna untuk didakap erat. Fatima redha dengan ketentuan dari Sang Pencipta. Hanya sejenak, bahagia itu menjelma. Tanpa disangka-sangka bahagia itu bakal direntap semula. Yusouf adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam kisah hidupnya. Namun, andai kisah ini perlu ternoktah meskipun tanpa kerelaan hatinya. Fatima redha. "Aku kehilangan kau yang aku sayangi. Terseksa batin, menjerit luka. Aku merana dalam putus asa. Kita terpisah kerana takdir telah lama tercipta. Ku titipkan doa, buat suamiku. Selamat tinggal, sayangku." - Fatima