Story cover for MAHBUB by dnirdyne
MAHBUB
  • WpView
    LECTURAS 49
  • WpVote
    Votos 9
  • WpPart
    Partes 2
  • WpView
    LECTURAS 49
  • WpVote
    Votos 9
  • WpPart
    Partes 2
Continúa, Has publicado feb 21, 2024
Tatkala manusia lupa siapa Tuhan mereka, masih ada jiwa yang sengsara. Meronta untuk menyampaikan kalam Rabbinya. Merayu untuk melindungi maruah bangsa dan agamanya.

          Di kerajaan itu, dia menitipkan doa. Di kerajaan itu juga dia bertemu dengan pelengkap tulang rusuknya.

          Jejaka itu jarang dilihat membuang masa. Tatkala bermadah mengenai agama, ada saja insan yang memijak dirinya. Empangan kaca di tubir mata sekadar menjadi bualan jelik, namun senyuman mekar di bibir menjadi langsir yang menuntup belasungkawa.

          Jejaka itu asalnya dari Timur. Berhijrah ke bumi Barat bersama Bahadur. Rezeki menjengah, dia sujud bersyukur. Walau sebesar zarah, kepada Tuhannya juga dia duduk bertafakur.

          Jejaka itu digelar Yusuf. Orangnya manis, semanis halwa. Sudahlah berseri, misteri pula. Bijak bertutur, juga jenaka. Tatkala ditanya dia siapa, dijawabnya "Barangkali rupaku seperti gahara, tetapi aku bukanlah siapa-siapa. Sekadar hamba kepada Raja Segala Raja."

          Hitam bertemu hijau. Pandangan ditundukkan, namun telinga jejaka itu berubah merah. Bergetar ruhi dirinya apabila bertentangan mata dengan seorang bidadari dunia. Istighfar meluncur di belahan bibir, kaki pula melangkah laju ke belakang untuk menambah jarak antara keduanya.

          Malu dan risau menjengah dada. Tundukkan pandanganmu, wahai teruna.

          Bidadari itu pula tidak lepas memerhatikan perlakuan aneh si arjuna. Rasa yang hadir di dalam hati ditepis serta merta. Dia dan jejak itu tidak boleh bersama. Haram sama sekali. Mereka musuh abadi. Sehidup juga semati. Sehingga jasad ditelan bumi.

          "Kau patut beredar sebelum tentera baginda Ratu menemuimu. Pulang atau mati, Yusuf."

          "Behold! HE, the man from the prophecy hath arrived!"

          "Itu semua talbis!"
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir MAHBUB a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#33fairytale
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
ELENA ERYSHA de balqisjuandy
55 partes Concluida
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tidak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar. "Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku tak kisah. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi apa yang aku minta. Boleh?" - Emir Farhan Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. "Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha "Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self-care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar Setelah semuanya, dia dihalau tanpa belas kasihan. "Kalau kau dah tak reti nak hormatkan semua orang, aku nak kau keluar daripada rumah ni! Aku tak ada anak yang tak kenang budi dan kurang ajar macam kau!" Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu, tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. Benarlah kata orang; ketika kita diam dan bersabar, tiada seorang pun yang peduli tentang kebaikan kita, tentang apa yang sudah lama disimpan dan dipendam seorang diri. Tetapi apabila sekali sahaja kita menyuarakan suara yang selama ini lebih memilih untuk diam, kita pula yang akan nampak terpaling jahat di dalam kisah mereka. "Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian. "Maybe one day we'll meet again and explain to each other what really happened." Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum de fiqalynaaa
65 partes Continúa
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Permission to Fall, Prof! cover
ELENA ERYSHA cover
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover
Jika Kau Yang Memiliki || Editing cover
Disebalik cover
Aydeen's Untold Heart cover
Until I Make You Mine ✓ cover
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C cover
Derita Seorang Maira  | OG cover
His Rare Collection  cover

Permission to Fall, Prof!

29 partes Continúa

Di sebalik dunia akademik yang penuh tekanan dan silibus yang membunuh jiwa, Mina Alaya, seorang pelajar PhD berwajah tenang tetapi penuh prinsip perlu berdepan dilema paling getir dalam hidupnya. Tesis yang tidak siap, penyelia yang bersara mengejut dan kini... seorang profesor baharu yang dikatakan lebih tegas daripada komando. Namun dia tidak gentar. Bukan mudah menjadi Alaya, seorang model sambilan yang bergaya tetapi tetap menjaga batas di tengah-tengah lautan gosip dan pandangan serong. Di antara helaian kertas kajian dan skrin komputer yang memaparkan draf keempat tesisnya, dia berjanji untuk menamatkan perjuangan ini dengan atau tanpa bantuan sesiapa. Tapi bila profesor muda dari UKM itu akhirnya muncul dengan wajah tenang, mata tajam dan aura yang terlalu sukar untuk diabaikan, Alaya sedar semester ini mungkin akan menjadi lebih panjang dari yang dijangka. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah antara cita-cita, ego dan godaan rasa. Dan kadangkala, hati yang paling keras pun boleh tewas pada yang tak dijangka.