Story cover for Code Name: Nurmaira by Fasihahh04
Code Name: Nurmaira
  • WpView
    Reads 1,075
  • WpVote
    Votes 93
  • WpPart
    Parts 39
  • WpView
    Reads 1,075
  • WpVote
    Votes 93
  • WpPart
    Parts 39
Ongoing, First published Feb 23, 2024
"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira

Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya sungguh gelap hingga kelemahan terbesarnya memakan dirinya.

Takdir telah tertulis. Manusia tidak boleh lari dari ujian. Dikhianati oleh kawan yang selalu ada untuknya makin menghancurkan hati Syahira. Namun, tidak bermakna Syahira membiarkan dirinya ditelan kegelapan. 

"Kau memang kawan makan kawan!"- Syahira.

Disaat dunia menghancurkan hidup Syahira. Lelaki yang baru muncul dalam hidup Syahira sanggup menghulurkan tangan untuk bantu Syahira bangkit semula.

Rizwan Asyrizal. Itulah lelaki yang berusaha untuk membantu Syahira mengubah takdir. Namun, ini baru permulaan bagi mereka. Takdir menemukan mereka dengan ahli kumpulan Penyiasat Khas Antarabangsa. Code Name: Nurmaira. Itulah yang dipilih oleh Syahira sendiri. 

"Biarlah aku jadi saksi perjuangan kau. Dan tolong izinkan aku menjadi pelindung kau, Syahira"- Rizwan.

Punca Syahira membuka pintu kebenaran. Satu dendam baru saja bermula. Disebabkan Syahira telah membocorkan markas mafia paling dikehendaki. seorang gadis misteri cuba untuk hapuskan Syahira buat selamanya!

"Belian untuk buka peti rahsia ada dalam tangan budak tu. Bunuh dia dengan apa cara sekalipun!"- The Aconitum.

Hidup Nurmaira semakin kucar-kacir. Satu per satu serangan mula dilancarkan. Semakin Syahira dekat dengan Rizwan. Semakin banyak persoalan dalam minda Syahira. Namun, tidak dia sangka perasaan ganjil dalam jiwanya semakin kuat apabila dekat dengan Rizwan. 

"Siapa kau sebenarnya, Asywan?"- Syahira.

"Belum tiba masanya untuk aku beritahu. Tapi, cukuplah kau tahu. Tangan ini juga akan buat kau bahagia, Nurmaira."- Rizwan.
All Rights Reserved
Sign up to add Code Name: Nurmaira to your library and receive updates
or
#800romantic
Content Guidelines
You may also like
Muda Muda Dah Nak Kahwin? by snsbhn
31 parts Complete
[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?
My Butterfly  by raz577_
49 parts Complete
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahwin? Harraz Daniel akan pastikan hidup bujang dia tidak akan berubah. Kehadiran isteri yang bertutup sopan? Langsung tak jejaskan gaya hidup liar dia. Hubungan cinta lapan tahun putus begitu saja? Aiman Azhad tak mampu buat apa-apa kecuali harapkan yang terbaik untuk Ammara Aireen, buah hati dia sejak remaja. .... Bunyi percikan air di dalam kolam itu merdu di telinga Harraz Daniel. Daniel tak boleh lupa imej isteri yang terpaksa dikahwininya. Bersinar dalam air. Cantik. He want to tell her how gorgeous she is. .... "Jerk!," tengking Naufal di hadapan wajah abangnya yang terdiam itu. Kolar baju Daniel dilepaskan dengan kasar. 'Kau tak guna sebab tak pandai hargai apa yang kau ada. Kalau lah...,' Naufal hentikan ayat di dalam hatinya. '... Aku jadi kau...,' Perkara macam ni takkan berlaku. .... Air kolam yang sejuk tak menjejaskan Daniel. "I just need you," Mata mereka bertentangan. Lama. .... "I am no one. But I can be someone for you," ujar Aireen dengan lembut. Perlahan-lahan tangan Aireen merangkul leher Daniel. Daniel statik di situ. Pergerakan air di dalam kolam itu umpama hempasan ombak bagi Daniel yang tengah mabuk. "Let us mend each other. I am hurt too," gumam Aireen perlahan di dada Daniel. .... "Dah tu? Awak nak bina lif kat sini?," tanya Aireen sarkastik. Daniel jeda. Boleh tahan juga idea tu.
RED GENES: MASA DAN JANJI {SELESAI} by Nur_Aila
42 parts Complete Mature
{Bio-tech thriller & action-romance} ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang lagi! Aku takkan terima jejak kau di sini!" - ENCIK FARZLAN. Kerana detik suatu malam, kata keramat itu diludah kepadanya atas sebab yang dia sendiri tidak mengerti. Perit. Namun tetap jua ditelan. Pada malam gerimis, masa hadapannya hampir menjadi kelam sepenuhnya sebelum diselamatkan oleh sebuah keluarga yang dia sendiri tidak menjangka menyirnakan masa lalunya... Semuanya menjadi sempurna bagaikan mimpi. Sungguh dia memang bersyukur. Namun, aturan takdir itu lebih hebat. "Saya serahkan peluang kepada pengarah sekalian untuk berkenalan selengkapnya." - DENNIS EZRAY SCHENAIDER. "Saya Ain... Ain Nancy Humairah." - AIN NANCY HUMAIRAH. Lelaki itu... Tidak pernah terlintas langsung di fikiran Ain kalau dia akan bertemu semula dengan lelaki itu. Lalu, apabila takdir mengatur semula pertemuan di syarikat yang diuruskan oleh lelaki itu, tidak pernah Ain mengabaikan firasat dan deja vu yang berbisik di lubuk hatinya... Kerana 'mata alam' itu yang menjadi saksi pertemuan sebelas tahun dahulu... Ia membawa kepada kisah pengkhianatan, dendam dan tamak yang sudah berlarutan sebelum zaman kanak-kanak itu lagi... Dan ia memberi kesan kepada masa kini. "Dia menghidap selective amnesia... Jadi, saya tak boleh nak jangkakan apa yang akan berlaku bila pesakit sedar nanti." - DOKTOR SARAH. "Kami mahu kamu menikah." - PUAN SYAFIRAH. "Nikah? Kenapa tiba-tiba? Dengan siapa?" - AIN NANCY HUMAIRAH. Jujur, memang Ain buntu. Namun, apabila lelaki itu muncul di depannya... Entah mengapa dia terus bersetuju. "Kenapa abang pilih Ain?" - AIN NANCY HUMAIRAH. "Sebab kau satu dalam sejuta; my Sagittarius." - DENNIS EZRAY SCHENEIDER. Sememangnya apa motif semua ini? ***** ❌ PENAFIAN ❌ - INI ADALAH SINOPSIS BARU DAN HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. - DILARANG PLAGIAT ATAU ANDA AKAN DIDAKWA KE PIHAK BERKENAAN DI DUNIA WATTPAD INI!
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
14 parts Complete
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
47 parts Complete
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Perginya Dia by DyannRose
16 parts Ongoing
Elaira, dulu dia pernah mencintai adik angkatnya sendiri aka adik junior di tempat belajarnya. Namun, perasaannya berakhir selepas dia menamatkan pembelajaran. Usai 7 tahun, kehidupannya berjaya dan sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang melamarnya di tempat kerja. "I ceraikan you dengan talak 1, I dah dapat tengok kemusnahan hidup you, itu dah cukup sebagai galang ganti you sakitkan hati I!" Kejayaannya hancur angkara kebencian mendadak suaminya itu tanpa alasan berbukti. Saat dia cuba bangkit dan melupakan segala-galanya, bekas suaminya kembali dan dengan kejam merobek sisa maruahnya. Dia cuba bertahan, cuba melupakan, melarikan diri dan hampir menjadi gelandangan tapi bayangan bekas suaminya itu terus menghantui. "Aku nampak dia, Aidan. Aku nampak akak aku." Luth Ruzain muncul. Si adik angkat yang sekian lama tercari-cara 'akak' yang sentiasa menghiburkan hari-harinya. Berkali-kali dia cuba pergi ke tempat yang sama. Satu hari, dia berdepan tepat Elaira. Elaira rebah di depannya. "Sebelum ni puan ni dah ada orang bawa dia ke klinik ni, dia pergi sebelum buat test. Bayi tu mungkin dah dua bulan." Saat Elaira hampir menyerah, Luth Ruzain muncul dengan satu lamaran yang tak terduga. "Bila kepercayaan telah hancur dan cinta hanya membawa luka, bolehkah kau nak jadi yang terbaik?" Itu yang disoal rakan baik Luth Ruzain. Dia tak peduli. Dengan penuh tekad, dia melamar. "Saya sudi jaga akak, saya nak jaga akak. Rumah saya jauh dari family, kita takkan jumpa sesiapa. Saya akan jaga maruah akak, saya akan pertahankan akak, itu janji saya." Namun, mampukah perkahwinan yang lahir dari keinginan untuk melindungi bertahan apabila hati masih terikat pada kenangan pahit? "Bekas suami akak nak jumpa akak." "Jangan pergi kak. Saya tak nak... Tak nak hilang akak lagi."
SAVIOUR - CODENAME: HUNTER [ COMPLETE ✅️ ] by QueenBadBunny
60 parts Complete
Hidup dalam ketakutan yang terselindung, dikelilingi oleh trauma masa lalu yang mengcengkam. Nuur Zawerra, wanita yang tetap teguh menghadapi pelbagai cabaran. Bermula dengan pertemuan sahabat rapat abang sulongnya di resort. Kacak tu kacak lah juga sahabat abangnya itu tapi 'Ew!' sebuah turn-off mutlak yang dia pelihara atas sebab peribadi yang dalam. Bukanlah dia gadis normal, malah dia memerlukan sokongan untuk memulihkan diri. Dia adalah EUSOFF KA'EL, si beku yang kadangkala bersikap acuh tak acuh. Dia tidaklah sedingin Antartika, tetapi cukup untuk membuat gadis lain jengkel. Di sebalik matanya yang tenang, Eusoff menyimpan terlalu banyak rahsia, sebuah lapisan misteri yang Zawerra tidak tahu cara untuk membongkarnya. Apabila bahtera hubungan mereka mula berlayar, satu per satu badai melanda. Ketenangan itu pecah apabila Firoze, musuh lama Zawerra, kembali dengan satu misi: menghancurkan Eusoff Ka'el dan mendapatkan rahsia yang tersimpan semat bersama Zawerra. "You won't be able to do anything more, Hunter. She will die! This is how the way her life will ends!" - Firoze Dalam kekalutan itu, Zawerra mendapat tahu kebenaran yang memeritkan - dikhianati oleh darah dagingnya sendiri. "Because she's nothing to me." - Zawenna Pengkhianatan berganda terungkai apabila salah seorang anak buah Firoze,, mendedahkan dirinya sebagai musuh dalam selimut dalam keluarga mereka! "Well, it's too late realizing me as the bad guy, little bunny." Setelah melalui lautan pengkhianatan dan kekerasan, adakah mereka akhirnya berjaya menutup babak kegelapan? Dan mampukah cinta mereka menjadi benteng yang kekal, atau adakah bayangan Firoze akan terus menghantui setiap langkah ke hadapan? "This is Hunter. He never dies. A promise made must be kept. I did promise you to be your saviour, little bunny." - Eusoff Ka'el #Complete # Started: 08/02/23 # Finished: 15/12/25
You may also like
Slide 1 of 10
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) cover
Muda Muda Dah Nak Kahwin? cover
My Butterfly  cover
RED GENES: MASA DAN JANJI {SELESAI} cover
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover
AISARA (COMPLETED) ✔ cover
The Silence  cover
Perginya Dia cover
SAVIOUR - CODENAME: HUNTER [ COMPLETE ✅️ ] cover

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)

45 parts Complete

Prak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. "What? Kahwin? Gila ke?" - Rayyan Louise "Entahlah. Saya tak tahu. Benda ni terlalu pantas dan mengejut untuk saya. Saya takut andai perkahwinan ni memusnahkan hidup saya sendiri. Saya tak kenal Tuan Rayyan macam mana. Saya tak tahu latar belakang hidup dia. Saya tak tahu apa-apa pasal dia. Macam mana nak kahwin?" - Arya Safiyya Perkahwinan yang bukan atas dasar cinta, tetapi kerana akur dengan permintaan seseorang. "Mata tu lain kali pandang depan. Dari dulu aku perhati je tau. Suka sangat melanggar orang. Lepasni nak langgar apa lagi?"- Rayyan Louise. "Lepasni langgar apa? Oh, lepas ni saya nak langgar pintu hati tuan, biar roboh. Senang saya nak masuk dalam hati tuan nanti. Boleh?"- Arya Safiyya Inilah, kisah mereka. Si gadis Melayu. Si jejaka Itali. Si gadis ceria, si jejaka dingin. Dua manusia yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Bagai langit dan bumi. Saban hari ada saja telatah dan kenakalan si gadis untuk menarik perhatian daripada suaminya yang dingin itu. Berjayakah dia mencairkan hati beku suaminya itu? Her hot love melt his ice heart.