Shams Al-Ma'rif merupakan sebuah buku yang mengandungi pelbagai unsur sihir yang syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam dimana ia mengajarkan umat manusia untuk berkomunikasi secara langsung dengan jin dan syaitan. Buku ini wujud di dunia nyata, ditulis oleh seorang ulama di sekitar abad ke-13 iaitu Ahmad al-Buni di Algeria. Manuskrip ini diteliti dan dijaga rapi sehingga diterbitkan menjadi sebuah buku dan boleh didapati di tanah Arab. Mengisahkan tentang Izrul, seorang lelaki yang menghidapi kemurungan setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Qistina. Izrul nekad untuk berbuat apa sahaja agar Qistina kembali kepadanya walaupun terpaksa menawarkan imannya kepada jin dan syaitan yang akhirnya, menghantui diri Izrul dan orang-orang yang tidak bersalah.