23 parts Ongoing "I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam
Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah.
"Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha
Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.
Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk.
Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.