!! WARNING !!
CONTAINS ABUSE, TRAUMA, BLOOD, MENTAL HEALTH, HOPELESS ROMANCE, DRAMA, THRILLER, MYSTERY.
SIAPA YANG TIDAK BERMINAT DALAM GENRE TERSEBUT, DIMINTA KERAS UNTUK ELAKKAN BACA CERITA INI. INI HANYA KHAS UNTUK MEREKA YANG KURANG MENDAPATKAN RAWATAN.
Me, as author sending hugs for those yang pernah lalui salah satu ujian yang terkandung dalam cerita ini. Semoga awak terus kuat! Allah sentiasa ada.
****
Raini Clarissa dan Tengku Rayyan, dua jiwa yang berbeza latar tetapi disatukan oleh cinta yang tak tergoyahkan. Di sebalik senyuman mereka, tersimpan kisah penuh luka-pengorbanan, pengkhianatan, dan kehilangan yang menguji ketabahan. Namun, cinta mereka terus utuh, hingga nyawa mereka direnggut serentak, membuktikan bahawa cinta sejati tidak hanya hidup dalam jasad, tetapi juga dalam doa dan keabadian. Adakah cinta mereka mampu menjadi pedoman bagi mereka yang ditinggalkan, atau hanya menjadi legenda sebuah cinta yang tak pernah padam?
****
[ON GOING] 6th story
| SPIN-OFF TAKDIR KITA |
Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi penyekatan jalan raya.
"Tu...Tuan... tolong..."
Rayuan tidak diduga, dipinta pada salah seorang anggota polis yang tidak dikenalinya setelah dia hampir diraba oleh pemandu teksi yang dinaikinya.
"Eh, Cik kenapa ni?"
"T... Tadi... ada lelaki creepy... cuba nak raba saya..."
Kebaikan yang Eshan Ishaq tonjolkan, buatkan gadis bernama Anyra Helsa itu terlalu mudah terjatuh suka. Kata orang, fitrah perempuan itu juga ialah mudah jatuh cinta pada lelaki yang berbuat baik terhadapnya.
"Mesti umur dah 30 kan?" - Anyra Helsa
"I am at the age that you will respect me." - Eshan Ishaq
"Dah kahwin? Ke...single lagi? Kalau single, saya datang masuk meminang," seloroh gadis itu sambil mula tersengih nakal.
Penerimaan yang diharapkan namun penolakan yang menjadi jawapan. Oh, tidak pernah seumur hidup dia seberani ini melamar lelaki tapi bila sudah ditolak, makin rasa tercabar dirinya.
"Saya tak akan berputus asa, Encik Eshan. Awak tunggu aje masanya tiba nanti."
Bakal menjadi kenyataankah tekad Anyra atau ianya hanya dalam mimpi saja?
Start : 12/1/24
End :