Sinopsis Tuan Rafayel, Duda Kasanova Pertemuan secara tak sengaja ketika Tuan Rafayel dating bersama girlfriendnya, membuatkan dirinya gila bayang. Tidak mengenali, namun hatinya seakan terpaut dengan seorang gadis ayu bertudung litup itu. Takdir ternyata memihak kepadanya, mudah saja dia dapat menemui gadis yang berjaya menjadikan dia seorang kasanova yang mahu pencen. Bila sang gadis sudah di depan mata, dia sambar. Tak kiralah gadis itu siapa! Meskipun Mayang Kesuma adalah seorang bibik. Berbeza taraf dengan dia. Satu lamaran dibuat supaya Mayang Kesuma kekal dalam pemerhatiannya, dia nekad rampas bibik comel itu daripada tuan rumah lama Kesuma. Kedengaran lucu, bukan? Bibik orang lain pun dia nak. "You lambat sangat kenapa? I tunggu berejam. Nak I suruh Zayne pecat you ke?" - Tuan Rafayel "Maaf, Tuan Rafayel. S... saya sakit perut tadi, tu lambat. Janganlah sebab ni tuan hasut majikan saya." - Kesuma Suka sangat menyakat, Tuan Rafayel terhibur. Seronok bila berada dekat dengan Kesuma. Hai, duda kasanova ni kalau tak gatal tak sah! "Tuan, kenapa pandang saya je? Tuan ada masalah mata ke? Nak saya tengokkan? Manalah tahu saya boleh bantu..." - Kesuma "Mata I dah terpanah dengan kecantikan you, sayang..." -Tuan Rafayel Tak dapat dikikis sikap kasanovanya, dengan Kesuma pun dia balun dengan ayat-ayat manis. Bikin hati Kesuma libang libung pula. Bila segalanya nampak indah dan sempurna. Tuan Rafayel alpa, ada satu rahsia yang tersimpan rapi namun masih belum terbongkar. Kesuma yang didamba, semakin menjauh dari gapaiannya. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup? Apakah yang terjadi di antara mereka? Gorgeous cover by @PutraRiez