Bagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutnya menyayangi dan melindungi Luna, menjadi penyebab kepada derita yang tiada penghujung. "Apa salah saya pada awak? Kenapa awak sanggup buat saya macam ini?" - Nur Luna Charrisa "Salah kau adalah lahir dari rahim betina tak guna tu! Aku akan pastikan kau rasa apa yang mama aku rasa dulu" - Tengku Aisy Lutfi Dendam. Ya, kerana dendam yang satu itu, kerana janjinya kepada arwah mama, Tengku Aisy Lutfi nekad untuk memperisterikan Luna. Malah, tiada sekelumit pun rasa sayang dan simpati terhadap isteri yang sepatutnya Aisy lindungi itu. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dendam apakah yang dimaksudkan Aisy? Benarkah kesalahan terletak pada keluarga Luna? Nanti kan........ WARNING ⚠️ BACAAN DEWASA ‼️ Cerita ini banyak berunsurkan rogol, keganasan rumah tangga, dendam yang tidak patut dicontohi.