[Third story by Carlyy4ish] Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup dan yang sudah mati ⚠️ Tempat dan nama watak didalam ini tidak wujud dan hanya sebuah rekaan semata-mata⚠️ *** Seorang gadis yang ceria dan periang. Wataknya yang sentiasa senyum dan ceria itu membuatkan orang sekeliling senang dengannya. Tetapi, disebalik wajah ceria itu tersimpan seribu kedukaan. Bertemu dengan seorang jejaka tampan yang tinggal dipondok yg dia berteduh membuatkan detak jantungnya berdegup pantas. kisah percintaannya yang dahulu menghancurkan hatinya menyebabkan dia membuang perasaan yang bertandang dihatinya. Seorang jejaka yang tampan tetapi bukanlah seorang yang berkejaya. Hanya tinggal disebuah pondok kosong yang berada dikampungnya. Ibu bapanya sudah meningal sejak dia masih berumur 6 tahun. Sejak kecil lagi dia sudah tinggal bersendirian dan berlajar cara hidup berdikari tanpa sesiapa disisi. Bertemu dengan seorang gadis yang tumpang berteduh di pondoknya membuatkan dia terpesona. Tidak pernah dia melihat gadis secantik itu. Ingin sahaja dia melamar tetapi apakan daya jikalau nasib hidupnya tidak semewah yang dia inginkan. Setelah 2 tahun menetap di Malaysia kini dia perlu pulang ke negara asalnya semula. Niat dihati ingin membatalkan saja tetapi terpaksa kerana memikirkan syarikat di sana tiada siapa yang menjaga menyebabkan dia akur untuk pulang kesana semula. Hampir 8 tahun dia berada di Perancis dan kini dia pulang ke Malaysia dengan satu niat dihati. Selama 8 tahun dia mencari keberadaan si gadis dan akhirnya dia dipertemukan semula dengan gadis dambaannya. Dirinya yang dulu hanya seorang lelaki biasa kini sudah menjadi seorang CEO di syarikat H'zyr Holding. Lihat saja si gadis untuk kali pertama selepas 8 tahun terpisah membuatkan niat yang dulu dia kuburkan kini kembali berkobar-kobar. Dia inginkan gadis itu menjadi miliknya! Dia tekad!. *** Start : 1.3.24 End :All Rights Reserved