Orang kata duit boleh bagi bahagia.
Tetapi orang tidak kata, berapa banyak duit yang Tari perlu kumpul untuk capai bahagia. Di kota, siang dan malamnya hanya untuk kerja yang gaji tidak seberapa.
Nafas Tari lelah dilemaskan oleh ragam penghuni hutan bangunan pencakar langit. Rindu yang bertamu di hati membawa Tari pulang ke kampung halaman bersama satu impian kecil.
"Abah, Tari nak buka perpustakaan kat rumah pusaka tok wan." - Tari
Daripada seorang yang mengejar wang, Tari memilih mimpi yang tidak menguntungkan. Malahan mendapat seribu satu tentangan.
"Kau tak takut? Boleh jadi siap saja perpustakaan itu, orang kampung datang bakar rumah tok wan." - Rian
"Bakarlah. Aku bakar balik rumah dia orang." - Tari
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki - barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki.
Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis manis itu dan menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]
Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam, diungkap dalam doa, dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.