Mengisahkan adik abang yang berpisah sejak kecil disebabkan masalah keluarga. Mereka berdua dibesarkan oleh keluarga yang berlainan, adiknya dibesarkan oleh keluarga yang sederhana dan abangnya dibesarkan oleh keluarga yang kaya bahkan keluarga itu mengenali keluarga mereka. HAURA MARISYA, seorang gadis yang hidup sederhana dan bahagia tapi semuanya berubah apabila kedua orang tuanya menghadapi kemalangan yang membuat dia hidup sebatang kara. Umurnya baru sahaja mencecah 15 tahun tapi penderitaan yang dia hadapi selepas kehilangan kedua orang tuanya sangat tidak patut dengan umurnya begitu. HABIB MALEEQ, seorang lelaki yang berusia 20 tahun yang dibahagiakan dengan pelbagai harta dan dia juga satu-satunya pewaris syarikat ayah angkatnya dan ayahnya. Habib sudah habis belajar dan training dalam menguruskan syarikat yang makan jadi miliknya suatu ketika nanti dan dia juga menjadi seperti ayahnya. Habib tak pernah lupa untuk mencari adiknya yang lama hilang. HUD MUAYYAD, seorang lelaki yang berusia 16 tahun, adik kepada habib dan dibesarkan bersama. Dia juga salah seorang bakal pengusaha syarikat, dia dibesarkan sepertimana habib dibesarkan dan dia mempunyai seorang kekasih perempuan yang hanya memanfaatkan dirinya. Dia juga selalu mencari tahu tentang adiknya yang hilang. Apa penderitaan haura? Apakah dia mampu bertahan dengan semua itu? Seperti apa habib jadi? Apa pekerjaan habib sebenarnya? Adakah mereka akan berjumpa semula? Berapa lama? Adakah habib akan menyerah mencari haura?