Lily Collins seorang gadis yang bernasib malang. Ibu nya telah pergi tinggalkan mereka untuk bersama dengan teman lelaki nya. Manakala daddynya pula seorang kaki pukul dan merancang mau meninggalkan Lily dan adiknya Memey kerana menganggap anak2 nya sial dan menyusahkan. Adam,teman lelaki Lily pun menghilangkan diri tanpa sebarang kata. Dalam keadaan kalut, adik Lily si Memey pula disahkan menghidap penyakit yang membawa maut. Dia cuba meminta tolong dari daddy dia untuk menyelamatkan nyawa adiknya tapi malangnya pertolongan dari ayahnya bukan percuma. "rm400'000 bukan jumlah yang sedikit.. Tapi daddy bulih bantu kau selamatkan Memey.. Tapi bukan percuma.. Kau kena korbankan diri kau.. Dan adik kau akan selamat.. "daddy bilang dengan muka yang serius. Saya binggung. Korbankan diri? Saya nda faham! Adakah saya perlu mati? "boss daddy mau kau kawin sama dia.. Baru dia akan kasi tu duit untuk selamatkan adik kau.."daddy bilang seolah2 ini semua benda kecil. Terasa seolah2 langit runtuh menimpa kepala saya. Boss daddy? Tu orang tua kepala butak berperut buncit? "nda akan teda cara lain dy? Saya nda mau!"saya cuba untuk protes. "kalau kau tolak, adik kau mati dan daddy akan tetap tinggalkan kau.. Tapi kalau kau kawin sama boss daddy, hidup kau akan senang dan daddy pun nda akan pergi.. Memey pun akan selamat.. "daddy bilang tanpa rasa bersalah. Saya jadi buntu. Kenapa semua ini terjadi kepada saya? Saya nda mau akhiri zaman bujang saya begini?
Plus d’Infos