Bila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah tak nak kau!" - SHINAE Akhirnya, Shinae disatukan oleh seseorang yang dia tidak kenal. Dia mahu menolak tetapi tidak mampu kerana tidak berani menolak permintaan kawan ayahnya. "Jangan risau, aku tak nak pun kahwin dengan kau. Aku pun tengah fikir cara untuk tidak disatukan dengan kau," - SEUNGCHEOL Untuk mengelakkan dari perkara tersebut berlaku, Shinae akur dengan arahan kawannya iaitu Seungkwan untuk blind date. Takdir masih bersama dengan mereka. Setelah sepuluh tahun akhirnya semesta menemukan mereka. "Lidah kata benci, tapi hati kata rindu," - JEONGHAN "Aku tak rindukan kau," - SHINAE Namun, disebabkan cinta hampir seratus peratus hidup seseorang iu berubah . Tidak pernah mendapat kasih sayang dari kecil itu parah. "Aku perlukan seseorang untuk memahami aku," - JEONGHAN "Terimalah padahnya, ini balasan yang kau lakukan terhadap aku," - SHINAE Ego yang tinggi itu menghalang cinta untuk bersemadi. Apakah kesudahan kisah mereka berdua? Adakah mereka masih ditakdirkan untuk bersama?