Nusa Andika Syah Putra atau identiti terkininya ialah Wakeel, seorang vampire yang masuk ke dalam sebuah kolej seni untuk menghapuskan keturunan Raja Bersiung yang memiliki Darah Emas. Tindakan itu untuk menyekat Ameerza dari melengkapkan formula BLAT-V ciptaannya seterusnya merealisasikan impian Ameerza untuk memiliki kuasa abadi. "BLAT-V? Maksud kau blood V? Darah V." "Ya, pil ni bukan ubat tahan sakit. Kau akan masuk ke lubang neraka buatan Ameerza kalau kau telan pil tu. Mungkin pil tu boleh bunuh kau. Lebih teruk lagi, jika kau tak mati, kau akan jadi hamba Ameerza sampai bila-bila." Kemunculan Ariq Arjuna merosakkan rancangan Wakeel setiap kali mahu menghapuskan sasarannya. Dia tidak pasti siapa sebenarnya Ariq. Musuh atau sahabat?All Rights Reserved
1 part