MY FARHAN HAIQAL [C]
  • Reads 5,549
  • Votes 716
  • Parts 63
  • Reads 5,549
  • Votes 716
  • Parts 63
Complete, First published Mar 06, 2024
1 new part
Bagi Farhan, Haniya terlampau menjengkelkan. Gadis itu sentiasa mengejar cintanya yang tidak pernah ada buat Haniya. Lelaki ini ingin...menjaga ikhtilat!

Ya, dia ingin berusaha untuk tidak jatuh ke dalam lembah zina. Kata-kata yang dilemparkan kepada Haniya berjaya membuatkan gadis itu tidak mendekatinya lagi.

"Thanks, Far. Niya takkan ganggu Far lagi."

Tetapi itu merupakan cerita 3 tahun lepas semasa mereka menyambung pelajaran. Kini mereka masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri.

Namun siapa sangka mereka berjodoh? Pertemuan mereka hanya disebabkan oleh orang tua. Perkahwinan mereka membuatkan Haniya bahagia, namun hanya pada hari perkahwinan. Lelaki itu hanya mengahwininya kerana orang tuanya. Langsung tiada cinta.

"Let's make a deal, lepas tujuh bulan kita akan cerai."

Sepanjang masa berjalan, tiada siapa yang menyangka bunga cinta semakin mekar di antara mereka. Namun hanya sementara apabila konflik mula melanda. Saat lelaki itu ingin menceraikannya, ada sesuatu yang menghalang.

"Kau ni menyusahkan lah!"

Yang membolak balikkan hati ialah Allah. Farhan sedar akan silapnya, hati isterinya cuba digapai kembali. Saat mereka bahagia bersama, badai konflik tetap melanda mereka.

"Aku sentiasa ada dengan kau."

Start : 2024
End : 15th February 2025
          (17 Sya'aban)


✧HAPPY READING✧

Pretty and wonderful cover from:  @yyouraphrodite ! <3 🌷🌸💗🎀

2024,
♡。FARNIYA♡˖
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add MY FARHAN HAIQAL [C] to your library and receive updates
or
#2crush
Content Guidelines
You may also like
Dia.... Aydenku by RoseVantalica
52 parts Complete
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
52 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 9
E.Z.R.A [C] cover
Cinta yang terakhir  cover
Dia, Zayn Raffael cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
Dia.... Aydenku cover
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C] cover
UNKNOWN  cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Ameliazone [OG] cover

E.Z.R.A [C]

71 parts Complete

﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang. Allah SWT hadirkan ujian sakit ini sebagai penghapus dosa. Tabahkan hati. Jangan seksa diri sampai macam ini." Dua bulan sebelum kahwin, hubungan pertunangannya pula terputus. "Sebab saya dah tak sempurna, awak sanggup putuskan hubungan kita?" "Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat sebab hadir dalam hidup saya sebagai harapan yang takkan jadi kenyataan." Menjadi penunggu asbab sebuah janji, namun akhirnya dia sendiri yang merana kerana insan yang ditunggu itu menjauhkan diri. "Mungkin saya memang ditakdirkan hidup di dunia ini, hanya untuk ditabur janji dan akhirnya dikhianati." Dia menyerah. Dia hanya redha dengan apa yang telah Allah tetapkan. Sebanyak manapun dirinya tersakiti, dia tetap bangkit melawan segalanya. Dia tetap bertahan hinggalah hubungan yang terpisah selepas tamat pengajian itu terjalin dan secara tidak langsung membawa dirinya ke arah kebahagiaan. "Ez akan sentiasa di hati Ra. Remember that." Terimalah, E.Z.R.A. START: 28 SEPTEMBER 2023 END: 20 NOVEMBER 2023 #1 in fakehope