TRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION.
Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya.
Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama itu tidak bermula dengan baik. Johanna yang lepas laku, Johanna yang kasar, Johanna yang keras kepala dan...
JOHANNA YANG BERANI FLY KELUAR ASRAMA!
"Head boy!"
Hadi yang baru nak berjalan berpaling, "Kalau kau nak cari pasal, esok aje. Karang Cikgu Lah patah balik, aku dah tak boleh tolong kau."
Johanna buat muka. Tangannya menyeluk poket hoodie di belah kanan. Pick gitar miliknya dikeluarkan, tangan Hadi ditarik, "Nah!"
"Apa ni?" Hadi mengerutkan dahi.
Johanna jungkit bahu, "A token of gratitude, I guess! Tanda terima kasih sebab tak cakap dengan Cikgu Lah kau jumpa aku kat sini."
Hadi angkat bahu lalu terus berlalu. Johanna buat muka. Buat baik salah, cari pasal pun salah!
Hadi pening kepala! Gadis itu terlalu licik dan nakal! Dalam pening kepala, hati Hadi senang dengan kehadiran gadis itu.
Suatu hal terjadi, Johanna rasa dirinya dikhianati. Kehilangan orang tersayang merungkai segala kisah duka Johanna. Johanna mula berdendam, hati mula membenci dan Hadi Azraff tersenarai dalam carta kebencian Johanna. Namun bukan hanya Hadi dia benci, malah dirinya sendiri tidak mampu dia cintai lagi!
Tiga belas tahun berlalu,
Mereka dipertemukan semula. Johanna masih membenci, Hadi masih menanti. Bila Hadi buat rancangan gila, Johanna terpaksa menurut walau tak rela.
Berjayakan Hadi melenturkan hati keras Johanna yang masih membenci? Bagaimana pula dengan Johanna yang masih hidup dengan kisah lama yang menyakitkan hati? Berjayakah dia belajar mencintai diri sendiri setelah sekian lama membenci?
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."