Dalam diam, janji lama menjadi titik mula sebuah dendam. Tengku Karlesha Natrisha, seorang gadis berdikari yang menyimpan luka silam, bertekad untuk membina semula hidupnya dengan membuka sebuah kafe. Namun, ketenangan yang dicari bertukar kacau apabila kemunculan seorang pekerja baru, Tengku Alisha Maisarah, membuka semula helaian lama yang cuba dikunci rapat.
Karl bukan sekadar seorang bos biasa - dia adalah wanita yang berperang dengan trauma dan kehilangan. Alisha pula muncul dengan senyuman, namun membawa beban yang lebih berat dari yang disangka. Rahsia silam, penderaan, dan kezaliman keluarga menjadi beban yang memaksa Karl untuk menjadi pelindung kepada Alisha... namun siapa yang sebenarnya melindungi siapa?
Apabila janji bertukar menjadi sumpah dan kasih bertukar menjadi luka, Karl terperangkap antara memilih untuk menyembuhkan... atau membalas. Dalam dunia yang penuh gelak tawa, pengkhianatan dan kasih sayang bersilih ganti, mampukah dua jiwa yang patah saling menguatkan, atau akhirnya saling menjatuhkan?
"Kerana janji itu bukan sekadar kata, tapi amanah yang membawa nyawa..."
Marco Denic - "Aku suka kau. Bukan sekadar suka aku dah sayangkan kau. Aku nak jaga kau Roses. Aku akan bawak kau keluar dari neraka ni. "
Hubungan yang awalnya terlihat bersinar bahagia dengan janji manis. Tiba-tiba bertukar sepi.
Ditinggalkan selama 3 tahun tanpa kata putus oleh sang suami membuatkan hatinya mengeras persis batu di sungai.
Mairy Roses - "Cukup! Cukup dengan penipuan kau! Kau penipu! Kau raksasa bertopengkan manusia!"
Marco Denic - "Apa pun kau fikir. Aku tetap suami kau!"
Perkahwinan yang sudah goyang bertambah goyang dengan kehadiran orang-orang yang tidak berhati perut. Tidak hanya itu ternyata terdapat beribu rahsia yang masih belum terbongkar.
Mampukah dua hati kembali bersatu? Mampukah semua rahsia diterima dengan hati terbuka? Segalanya tercerita di dalam MI TESORO ! I AM A MONSTER.