Story cover for 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 [OG] by flowerbean
𝐓𝐞𝐫𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 [OG]
  • WpView
    Reads 16,127
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 29
  • WpView
    Reads 16,127
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 29
Ongoing, First published Mar 09, 2024
"What... did she just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT-

Tanpa lelaki itu tahu gadis yang dia terlanggar di jeti tasik itu adalah gadis genit yang bisu sejak lahir. Sudah semestinya gadis itu tidak mengucapkan terima kasih ketika Dani mengutip dan memberi semula telefon yang jatuh itu kepada tuan badannya. Itu kerana gadis itu bisu !

Pada kali kedua cara mereka bertemu sangatlah jarang didengari orang di mana Dani berada di dapur rumah milik orang tua gadis itu pada pukul 4 pagi. Apa yang terjadi sebenarnya?

Di dalam hati gadis itu dia sempat menyumpah lelaki yang dia bertembung di dapur.

'Allahuakhbar ! Ini bukan hantu ni tapi manusia gorgon !' -FAREEHAL DAHLIA-

"Shh... jangan bercakap ataupun menjerit. Saya tak nak timbulkan kekecohan nanti" -DANI INAYAT-

Semenjak kejadian itu mereka berdua sering berjumpa sehingga membuatkan Dani Inayat mula mendambakan gadis itu dalam diam namun dia sedar bahawa Dahlia adalah tunangan orang.

"Boleh tak abang nak percepatkan majlis pernikahan kita?" -AQID IZZUDDIN-

Dahlia tidak suka dengan cadangan tunangnya itu kerana dia masih belum bersedia menjadi isteri orang.
Tambahan pula lelaki itu bukan pilihan hatinya namun pilihan orang tuanya.

Bagaimana dengan Dani Inayat yang sudah terlanjur mencintai Dahlia dalam diam ? Namun dia tidak pernah berputus asa kerana dia perlu selamatkan Dahlia dari musibah. Dia tidak kisah jikalau dirinya masih terumbang ambing dengan masalah peribadi tetapi dia nekad mahu mendekati gadis bisu itu. 



Ranking :-
#1 Bisu 19/7/2024 

Start : 5 April 2024
End : _________
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 [OG] to your library and receive updates
or
#69comedy
Content Guidelines
You may also like
IMPIAN by Arim_Hasha
40 parts Complete Mature
Pada mulanya, pertemuan mereka seperti satu kebetulan yang indah. Sebagai pegawai yang berpangkat tinggi, Aatif Johan tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan Danial Imran, seorang suami dan bapa dari kampung, akan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, segala-galanya berubah apabila mereka ditempatkan di bilik yang sama semasa Program Team Building anjuran jabatan mereka. Inilah titik permulaan yang membawa mereka ke dalam perhubungan yang penuh dengan harapan, namun dibayangi konflik yang datang tanpa diduga. Keadaan yang pada mulanya penuh kebahagiaan - di mana mereka saling mengenali dan mula menumbuhkan perasaan cinta - perlahan-lahan mula berubah. Aatif Johan, yang sebelumnya tegas dan rasional, mendapati dirinya terjerat dalam percintaan yang penuh dengan kesulitan. Sedangkan Danial Imran, yang begitu mencintai keluarganya, terperangkap dalam dilema antara isteri, anak-anak, dan perasaan terhadap Aatif. Kekangan ini mula meruncing, dan sering kali status Danial sebagai seorang suami dan bapa menjadi pemangkin kepada pertelingkahan antara mereka. Aatif menyalahkan takdir, berasa bahawa pertemuan mereka adalah satu kesilapan besar. Dia merasa terluka dan kecewa, kerana tidak dapat memiliki hubungan yang murni dengan Danial, disebabkan oleh tanggungjawab keluarga yang terlalu besar bagi Danial untuk tinggalkan. Dialog mereka meluahkan penderitaan dan konflik dalaman yang mendalam: Aatif Johan: "Takdir mempertemukan saya dengan orang yang salah. Mengapakah harus kamu yang dipertemukan oleh takdir untuk saya?" Manakala Danial Imran, terhimpit antara cinta kepada Aatif dan tanggungjawab terhadap keluarganya, Danial Imran: "Takdir mempertemukan kita berdua pada waktu yang salah. Saya tidak mampu untuk memilih antara dua. Awak mahupun dia."
AKHTAR [C] by tyrastory_
50 parts Complete Mature
Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang mempunyai kesenangan dari segi harta. Tapi tidak dari segi kasih sayang. Kesibukan dan kedinginan ibu-bapanya membuatkan Aira berasa kosong. Sangat kosong. Namun perjumpaan yg tak disangka telah membangkitkan lagi keceriaan Aira. Walaupun awal perkenalannya agak.. Hmm annoying. "Sebab tu orang ckap jgn tido petang. Kan dah mereng" - Akhtar "Ape dia? Nak save contacts ayam? itik? Ke babi? Ish ish takleh sebut. Berdosa" - Aira Akhtar yang kuat menyakat. Aira yg ceria. Bila bertemu mmg memingitkan keadaan laa.. "You're not alone. You're with me. Walau ape sekalipun masalah tolong cerita kat aku. Jangan lari dari aku. Aku tak suka." - Akhtar "Awak tak faham. Sebab kluarga awk perfect. Saya ni? Hanya mampu menagih kasih daripada org lain. Ada mak ayah tapi diorang bersikap dingin dengan saya. Saya taktau ape sebab dia!" Cinta. Adakah ada cinta diantara mereka? Atau.. hanya friendship semata mata? --- Romance & Comedy! Ade jugak yg sedih2 tapi jgn bimbang.. Kita buat siikiiit je sedih. Janji👀 Cite ni santai2 je. Konflik ada tapi konflik yg ringan2. Sweet je yg terlebih had. Hehe selamat membaca!🌹 Untuk pembaca matang sahaja 🤍 Kerana ada scene yg agak err paham2 laa🏃🏻‍♀️ Tiada tapisan perkataan dan perbuatan harap maklum🫡 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
Ketua Pengawas Itu ✔️ by sweetiecupcakee
64 parts Complete
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ⚠️KLISE, CRINGE, BANYAK SALAH EJAAN&TATABAHASA⚠️ ⚠️JUST FORRRR FUN, DON'T TAKE SERIOUS⚠️ Kepercayaan dalam sesuatu hubungan adalah sangat penting tetapi bolehkah dia percaya, setelah menganggap semuanya adalah sama. Kecewaan dan kebencian dalam diri akibat peristiwa lama telah membuatkan dia lemah dan keliru. Benci atau maafkan? Percaya atau sama sahaja? Tengku Aiyra Arissya terlalu takut untuk menerima cinta baru hanya kerana kenangan lama masih menghantui dirinya. Sukar dia mempercayai seseorang begitu juga mencintai semula. "Are you crazy? Aku tak nak kahwin dengan kaulah, Fariz!Aku rela jadi anak dara tua dari berkahwin dengan kau!" Kata tidak setuju sudah lama diungkap tetapi hati ibu bapa mesti dijaga. "Mama! Tolong! Fariz gatal!" Kini hari-hari Aiyra dipenuhi dengan usikan malah gurauan kasar Tengku Fariz Daniel. "Pusing padang, 6 rounds. Kau nak lari ke, mengesot ke merangkak ke, ikut suka kau la asalkan cukup enam."- Daniel. Hari-hari berlalu bersama sampailah dia semakin takut untuk menerima harapan semula. "Stop panggil aku 'sayang' kalau kau tak sayang aku." - AIYRA "Siapa cakap aku tak sayang?" - DANIEL Apakah daya apabila satu per satu manusia yang datang untuk menghancurkan hubungan yang kian bertambah baik? Tanpa sedar, dia mencintai dalam diam akan tetapi siapa yang cintakan siapa? Perasaan sayang dan cemburu juga muncul dalam sepi. Bolehkah bahagia dengan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga? Di usia begini? #Daniyra❤️ ©️sweetiecupcakee 2017-2018 💕hadiah cover dari @aazayeon FR cerita ni tak logik. saya tulis zaman newbieee 2017. ~Hanya untuk bacaan santai~
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
KIDULT [OG] by nainnurs
22 parts Ongoing
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟏 IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka. Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul. Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. "Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak." Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya. "Aku penat... Penat sangat..." Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit. "Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu." Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci. "Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku." Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan. "Dina dengan dia tak boleh berkahwin!" Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita. Adakah Dina berjaya mendapatkan bahagia yang dicari ataupun hanya derita sabagai peneman hidup? "Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar." MULA: 7-02-202
You may also like
Slide 1 of 9
IMPIAN cover
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐚𝐧? © cover
AKHTAR [C] cover
Ketua Pengawas Itu ✔️ cover
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
Perempuan Bidadari Syurga cover
MY DARLING DARLINA (𝐂) cover
KIDULT [OG] cover
3 PERMINTAAN [|COMPLETED✓|] cover

IMPIAN

40 parts Complete Mature

Pada mulanya, pertemuan mereka seperti satu kebetulan yang indah. Sebagai pegawai yang berpangkat tinggi, Aatif Johan tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan Danial Imran, seorang suami dan bapa dari kampung, akan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, segala-galanya berubah apabila mereka ditempatkan di bilik yang sama semasa Program Team Building anjuran jabatan mereka. Inilah titik permulaan yang membawa mereka ke dalam perhubungan yang penuh dengan harapan, namun dibayangi konflik yang datang tanpa diduga. Keadaan yang pada mulanya penuh kebahagiaan - di mana mereka saling mengenali dan mula menumbuhkan perasaan cinta - perlahan-lahan mula berubah. Aatif Johan, yang sebelumnya tegas dan rasional, mendapati dirinya terjerat dalam percintaan yang penuh dengan kesulitan. Sedangkan Danial Imran, yang begitu mencintai keluarganya, terperangkap dalam dilema antara isteri, anak-anak, dan perasaan terhadap Aatif. Kekangan ini mula meruncing, dan sering kali status Danial sebagai seorang suami dan bapa menjadi pemangkin kepada pertelingkahan antara mereka. Aatif menyalahkan takdir, berasa bahawa pertemuan mereka adalah satu kesilapan besar. Dia merasa terluka dan kecewa, kerana tidak dapat memiliki hubungan yang murni dengan Danial, disebabkan oleh tanggungjawab keluarga yang terlalu besar bagi Danial untuk tinggalkan. Dialog mereka meluahkan penderitaan dan konflik dalaman yang mendalam: Aatif Johan: "Takdir mempertemukan saya dengan orang yang salah. Mengapakah harus kamu yang dipertemukan oleh takdir untuk saya?" Manakala Danial Imran, terhimpit antara cinta kepada Aatif dan tanggungjawab terhadap keluarganya, Danial Imran: "Takdir mempertemukan kita berdua pada waktu yang salah. Saya tidak mampu untuk memilih antara dua. Awak mahupun dia."