Di sebalik kebisuan, ada kisahnya.
Di sebalik penafian, ada rindunya.
Di sebalik kebencian, ada cintanya.
Hamidi meminati Nadd.
Nadd pula meminati ruang 'sendiri' yang dia cipta.
"Memang tak sudi nak bercakap dengan saya ke?" - Hamidi
"Not interested." - Nadd
Dingin dan selamba. Nadd yang sudah biasa bersendirian tidak melatah menolak perkenalan dari mana-mana lelaki. Bersungguh mana pun lelaki itu, Nadd tetap Nadd. Menolak dan menolak tanpa fikir panjang.
Satu insiden membenarkan Hamidi belajar tentang Nadd. Lebih tepat, asbab kedinginan wanita itu. Hingga rasa putus asa mendekati wanita itu menghilang. Yang Hamidi tahu, dia semakin berminat dengan wanita itu. Tanpa jemu, Hamidi menerima saja penolakan Nadd setelah menemukan silam Nadd.
Nadd berang dengan Hamidi yang tidak faham bahasa. Bahkan Nadd berlaku keji pada Hamidi pun, lelaki itu kekal tenang. Nadd tergugat dengan ketenangan lelaki itu. Usahanya membuat Hamidi membencinya berubah sebaliknya. Dan di sudut hati Nadd yang paling dalam mula terusik dengan peribadi lelaki itu.
"Stop, Midi." - Nadd
"You like to talk about it? I'm here listening." - Midi
Hamidi bijak membuat Nadd nyaman. Namun, seberapa lama nyaman itu akan bertapak? Jujur, Nadd takut. Takut akan masa depan dan... takut kehilangan lelaki itu.
START: 10/3/2024
END: ONGOING
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .