Harry Rafael X Zara Fellyna
Pertemuan mereka di sebuah Universiti membuatkan mereka masing - masing lebih mengenal antara satu sama lain. Tambah pula mereka berdua sama-sama menuntut jurusan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi yang canggih pada masa kini.
" Kau partner dengan aku." Serius sahaja suara lelaki yang berbadan tegap itu, ke arah seorang gadis yang leka membaca novel di sebuah pondok.
Gadis itu, spontan mendongak kepala memandang ke arah seorang figura manusia di hadapannya , novel ditangan ditutup dan dahinya berkerut.
" Kau pekak ke?" Sekali lagi, lelaki itu bersuara. Nada suara dan air mukanya masih serius.
Gadis cantik itu, terus bangun dari kedudukannya, lalu dia berpeluk tubuh, kening dijongketkan sebelah.
" Tak. Aku boleh dengar lagi. Kau siapa? Nak patner dengan aku?" Kini, gadis itu pula bersuara. Mereka sama-sama mempunyai aura yang dingin dan sentiasa berwajah serius.
" Kau tak kenal aku?" Soal lelaki itu.
Gadis tersebut menggelengkan kepala, air mukanya masih ditayangkan tenang.
" Call me, RAFAEL." Ujar lelaki tersebut, sengaja dia tekankan sebaris namanya.
" What do you mean partner?"
Rafael angguk kecil seraya tangan kiri dimasukkan ke dalam poket hoodienya.
" For our assignment." Jawab Rafael lalu dia bersandar pada tiang pondok itu.
" Why me ? Banyak lagi, orang dalam kelas tu kau boleh jadikan diorang group assignment kau." Balas gadis tersebut, menandakan dia menolak pelawa Rafael sebegitu.
Rafael semakin mencabar dengan perangai gadis dihadapannya itu, dia melangkah setapak ke depan dan mulutnya didekatkan ke arah telinga gadis tersebut.
" Because my heart choose you. Kalau kau yang boleh dipilih, kenapa aku kena pilih orang lain?" Kini aura Rafael lebih menggerunkan. Apatah lagi, kata-kata itu, seperti memaksa dia untuk menerima Rafael.
⚠️ Bad words
⚠️ Typo
Start :
End :