[SINOPSIS] Setelah lama 'terkurung' dalam istana,LaFrosa Arleana akhirnya dibenarkan untuk keluar dan berinteraksi bersama orang lain..Lagipun selepas tamat pembelajarannya di academy genaplah umurnya,19 tahun,dia pula bakal naik takhta menjadi seorang ratu.. Tidak sabar rasanya menghadapi ujian akhir bersama adik kembarnya LaFrosa Arluna serta mencari ramai kenalan..Itulah harapan Arleana sejak dahulu lagi.. Namun harapannya itu pudar disaat Arluna memaklumkan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke Inferno Army.. Arleana sedikit tertekan dengan khabar daripada adik kembarnya kerana selain kecewa dia juga khuatir akan keselamatan Arluna.. Pada akhirnya dia memujuk juga hatinya agar merestui hasrat adiknya itu.. Setelah berada di Crystalia Academy,banyak cabaran dan misteri yang perlu dihadapinya.. Seolah-olah mencari penjelasan bagi hilangnya 'ingatan' Arleana selepas kematian orang tuanya.. ☃️