Marisa dan Helena berkahwin atas dasar cinta. Untuk anak pertama yang dilahirkan dengan penuh kasih sayang, mereka letak nama Luna Karisa Toriyama yang kesemuanya mempunyai maksud tersendiri. Setelah 7 Tahun, Marisa kini mempunyai 3 orang anak malah baru sahaja melahirkan yang ketiga itu. Mereka menyiapkan persiapan darjah satu Karisa. Hari pertama sekolah lagi dah salah sekolah! Marisa hanya menggelakkan Helena yang boleh tersalah hantar anaknya sendiri ke sekolah lain sehingga dipanggil mabuk oleh cikgu-cikgu. Selain dari Karisa, perangai anak keduanya juga lagi palik dari Karisa dan pada masa yang sama Marisa kena jaga anak ketiganya yang masih menyusu badan. Cerita ini tiada konflik. Hanya kisah lucu sebuah keluarga.