[ This is 1st story. ]
Hidup Nur Najiha Salsabila tidaklah seceria orang lain. Dia hanya gadis biasa yang tidak mempunyai satupun keluarga. Bapa dia sudah tidak ada , ibunya sudah pergi meninggalkan dia seorangan. Dia tidak ada sesiapa pun.
Ryder Fahmi ialah jejaka yang kacukan London dikenali sebagai CEO di RF corporation. Fahmi juga ialah lelaki paling dingin dan kejam. Namun tidaklah dengan wanita kesayangannya hingga sekarang.
Awal pertemuan Fahmi dan Najiha adalah satu kebetulan. Najiha mendapat offer dari RF corporation. Memandangkan Najiha betul betul memerlukan duit.. Najiha terima offer itu. Tidak pedulikan sesiapa yang CEO disitu.
Najiha dengan Fahmi sebenarnya ialah kawan masa kecil. Najiha saat itu berusia 4 tahun. Dan Fahmi berusia 9 tahun. Mereka berkawan dan bermain bersama sama setiap hari. Namun , Fahmi harus berpisah dengan Najiha. Fahmi harus pindah ke London dan itu sungguh membuatkan Fahmi tidak rela meninggalkan Najiha. Dan disitu mulanya obsesi Fahmi terhadap Najiha. Dia sanggup kirim orang untuk melihat wanita kesayangannya itu.
"Kami nak jodohkan Ryder." - Dato'Rayyan.
"Umur Ryder masih 29 lah papa.. Ryder taknak!" -Ryder Fahmi
"Ryder kawin dengan orang yang Ryder nak atau kami pilihkan?" -Datin Farah.
Disitu Fahmi sungguh tidak mahu menikah dengan orang lain selain Najiha! Dia nak Najiha seorang! Tapi dia.. ego. Dia nak Najiha. Tapi dia taknak menikah dengan Najiha..
"Be my wife and I will give you heaven , Najiha." -Ryder Fahmi.
"Kalau awak boleh buat saya lupakan masa lalu saya , saya terima." -Najiha Salsabila.